Tuesday, February 21, 2012

Imtiyaz Belajar Mengaji



Aktiviti di malam hari yang sempat anak SSS buat..selain daripada menulis..melukis...mewarna..mengaji jugak aktiviti yang Imtiyaz semangat nak buat..yela kan..baru 4 tahun..Ape-ape je yang boleh...dia nak belajar..So SSS dan hubby..layankan sahaja..janji Imtiyaz tidak la mengaruk...hehehhehe

Boleh laaa...kucing pun warna oren...

Mari mengaji --> garang jugak ayah ni...hehehe
 

 


Alhamdulillah...selagi Imtiyaz boleh bertahan...
Insyaallah...Ibu mendoakan semoga Imtiyaz terang hati...

Monday, February 20, 2012

Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, 
akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

 
Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

 
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda :

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Dhuha adalah nama kepada waktu. Dalam Islam, setiap waktu ada namanya tersendiri, setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan.

Dhuha : Antara sesudah terbit hingga sebelum tertegaknya matahari.

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sunyi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat. Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita. Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.


DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.

Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di ampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.

Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan.

Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain- lain.

Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha. Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan. 

Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.

Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.

Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Rakaat Pertama

1. Niat dalam hati dengan berkata, " Sahaja Saya olat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah"

2. Takbir

3. Baca Doa Iftitah

4. BacaTa'awwudz

5. Baca Surah al-Fatihah

6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih

7. Takbir dan rukuk

8. Iktidal dan bacaannya

9.Sujud dan bacaannya

10. Duduk dan Bacaannya

11. Sujud dan bacaannya

12. bangun rakaat kedua dengan takbir.


Rakaat kedua

1. Baca surah al-Fatihah

2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih

3. Takbir dan rukuk

4. Iktidal dan bacaannya

5. Sujud dan bacaannya

6. Duduk dan bacaannya

7. Sujud dan bacaannya

8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya

9. Salam Penutup

Kemudian kalau di kehendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.

Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.

Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.

(Sumber ehsan : http://solatsunatdhuha.blogspot.com)


"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


Besar hikmahnya..hanya kita jer yang tidak mengetahuinya. ataupun buat2 tak tahu..termasuklah SSS..Maka dengan SSS ni yang tidak la berapa baik, SSS ingin berubah. Walaupun SSS tahu, memang sukar untuk kita berubah dan menerima perubahan tetapi SSS akan tetap berusaha. Tidak lagi mahu SSS menjana mungkar & kemaksiatan, SSS akan berusaha untuk mendekatiMu YA ALLAH setelah beberapa dugaan/musibah telah Engkau berikan. Semoga keinsafaran kecil dihati ini akan menjadi besar sebesar2nya seperti Kebesaran Mu ALLAH.. Alhamdulillah..


P/s : Insyaallah.. SSS akan memulakan 2012 ini menjadikan amal Solat Dhuha ini sebati dalam diri SSS.


Puitis Kerinduan Sis Sunyi Sepi Buat Ayahanda Tercinta

Ayah..
Kepergianmu selamanya...mendewasakan aku
Mengajarkan aku betapa penting erti hidup
Untuk menjadi berguna bagi sesama insan



Memori Raya Tahun 2009

Ayah...
Kepergianmu mengajarku
Bagaimana harus mencintai dan menyayangi
Bagaimana harus terus berkorban dan bersabar
Bagaimana harus berjuang demi anak-anaknya
Hingga saat terakhir hayatmu
Engkau terus berdoa demi kebahagiaan anak-anakmu
Memori Raya 2010 Yang Terakhir SSS Bersama Ayahanda

 Ayah...
Kau adalah inspirasiku..
Kemarahanmu adalah jiwaku
Petuamu adalah jalan lurusku
Kau adalah pembimbing spiritualku

Al Fatihah...

Ayah...
Semilir di bawah kemboja dan nisanmu
Aku menangis dan berdoa
Mengenang segala salah dan dosaku kepadamu

Ayah...
Ada atau tiada, kau selalu kucintai
Kepada Allah ku panjatkan doa
Semoga roh mu dicucuri rahmat
Jua ditempatkan bersama orang-orang beriman..

Ayah...
Sudah sekian setahun pemergianmu
Aku amat merindui...

Al~Fatihah....
Allahyarham Rasalli bin Bidin 
(1 Nov 1946 ~ 1 Dis 2010)

Sunday, February 19, 2012

UMKL vs SSS (1999 - 2005) Part 2

Hai..hai...blogger..

Part 2 ni..SSS nak sharing is caring sebahagian kengkawan SSS yang sama2 susah payah semasa di UM..Kawan tu ramai..SSS tak kisah pun kawan dengan sape2, janji GUMBIRA!! Memandangkan SSS sukan pun ye..so sume kowteam maaa, nak kenal semua kat Fakulti tu mmg taklah...jenuh nak ingat, tapi adalah beberapa gambar yang dalam simpanan SSS. 

Dedikasi untuk sahabat2 SSS kat UM dari awal hingga tamat pengajian, SSS sentiasa merindui uols.. Agak2 bila la dapat gathering dengan uols kan... So untuk tatapan dalam kenangan SSS..ini sebahagian gambar-gambar kita semua...

(Maaf atas resolusi gambar yang kurang memuaskan)










BFF :: Inilah sahabat SSS yang paling rapat sejak dari 1st year @ UM until now--> Lynn.
 Skang Lynn pun keje @ KK Segamat & SSS @ KK Ledang. We all posting sama di Kolej Komuniti. Macam hal berlaku (manis pahit) tapi we all tetap setia atas dasar kepercayaan :: TRUST IN OUR FRIENDSHIP..
 

UMKL vs SSS (1999-2005) Part 1

Salam blogger...


Di hujung2 minggu di kampung SSS ni..takde aktiviti lain yang SSS nak buat...tengok album lama2..then terjumpa la beberapa foto2 yang mengusik kenangan SSS..apelagi...inovasi lagi laaa gambar tu.. dolu2 mana ada softcopy2 ni..sume guna 'filem'...hehhe...so faham2 la kalau dah blur tu..ahaks!!

So..entri kali ni, SSS ingin mengimbau kenangan SSS semasa study kat Universiti Malaya Kuala Lumpur.. Penuh dengan kenangan manis & pahit..


Year 1999 --> SSS mula menjejakkan kali di UMKL.. registered as Resident of Tunku Kurshiah College ataupun lebih glamer dengan panggilan Kolej Kediaman Ketiga.. terciptalah sejarah SSS sebagai student Asasi Sains Fizikal @ Pusat Asasi Sains UM..Giler gaban SSS selama setahun untuk graduate asasi masa tu...Subjek di PASUM masa tu 100% science stream...Fizik + Math + Kimia (hilang akal dibuatnyer)..subjek peberet SSS adalah kimia... Cita2 nak jadi Chem Engineer.. tak pun...Chemist.. tak pun.. Cikgu Kimia...huhuu...jadilahhh...janji ada kaitan dengan kimia.. That time SSS admire sgt dengan Kimia.. 
Moto terbaek UMKL --> The Leader in Research & Innovation 

Year of 2000 --> SSS berjaya menamatkan asasi sains selama 1 thn pengajian shj..Syukur alhamdulillah. kalau SSS ditakdirkan tidak berjaya Asasi ni, kompom2 UM akan tak terima SSS utk 1st Degree, malahan univ lain pun takkan layak secara automatik. So dengan pointer yang 'gitu-gitu' jek..SSS hanya mampu melangkah ke tahun pertama bergelar Siswazah di Fakulti Sains : Jabatan Kimia..(fakulti biase2 je) hehehe..Titik permulaan SSS mengharungi hari demi hari di makmal kimia..mcm2 ada.. Kimia Fizik, Kimia Organik, Kimia TakOrganik, Kimia Alam Sekitar, Kimia Analisis dll...Tapi yang paling SSS suker adalah Kimia Industri..tak tau sbb ape..time kelas K.I ni...mmg dok saf dpn skali..hehe..bila final exam..ofcoz laaa dpt A...gumbira2...(lecturer best kot...hehe)

Mei 2000 - Mei 2005 --> Selama SSS bergelar Siswi di UM..mcm2 asam garam yang SSS lalui di UM..lama jugak SSS nak tamatkan pengajian..maklumlah..SSS ni bukanlah hebat sgt dalam study, asyik dok bersukan jek..study pun jadi mcm sukan jugak la..(ehehe..byk sangat memain)..Ini salah satu sebab la nape SSS lama sgt kat UM tuh..1 lagi sebabnye, ada 1 paper kimia tu yang SSS susah sangat nak catch up --> Kimia Organik.

Aduyai, mmg susah la paper tuh tambahan SSS ni bukan la pelajar yg tersangat la bagus pun. Hehehe jadinya kene la carry paper ni 2 kali. Ahaks!! Walaupun SSS ni amek Bachalor Science Education majoring in Chemistry & minoring in Math, SSS adalah student Fakulti Sains & bukan Fak. Pendidikan. So, kimia yang SSS study tu kene study sama jugak jam kredit macam student yang 'pure' Kimia. Math blajar yang wajib2. Cuma SSS kene amek kredit tmbhn untuk subjek pendidikan dan yang student 'pure' tu tak amek pun paper pendidikan. Tough sungguh subjek SSS (untuk SSS yang bukanlah POWER sangat). Maka lambat skit la SSS tamatkan study. Hahaha (alasan2).

Ogos 2005 --> Alhamdulillah...SSS selamat menamatkan pengajian (bak kata org..biar lambat asal selamat, boleh gitu? hahaha).. Akhirnya KONVO!! yahooo!!!



Dari kiri : Abg Nik (Abg Ipar SSS), Kak Shima (kakak SSS), Ibu SSS, SSS
dan Arwah Ayah SSS. yang kecik tu --> Daniel (anak buah SSS)
 
No. 2 dari kiri tu adalah kawan baik SSS masa kat UM sampai la skang..
Normalini binti Md Yassin..

My beloved parent
--> Ibu SSS (Mazmah bt Basir) & Arwah Ayah SSS (Rasalli b Bidin)



SSS bersyukur kerana pernah menjadi graduan UMKL suatu ketika dulu.
(Syukur alhamdulillah)

Saturday, February 18, 2012

Projek Hujung Minggu


Salam.. hehe..SSS nak citer pun sogan... tapi kalau dah up kat blog ni... xdo maknonyo nak sogan2...sendiri mau pikir...hhahahah.... Inilah projek SSS untuk tahun baru 2012 ni... SSS akan cuba jadikan sebulan sekali untuk SSS memprojekkan diri di dalam dapur SSS dengan aktiviti luar biase... Kali ni SSS teringin sangat nak makan donut.. maka bermulalah pencarian resepi kat internet laaa...tanya kakak SSS la...yang last skali tanya mak SSS...dah tu tekak ni teringin sangat nak makan donut yang rasanya sama dengan donut yang mak SSS buat (wah...selera besau) tapi.......ini jelah hasilnye... 29Jan tu dah tekad nak buat jugak..jadi ke tak...mesti buat...SSS call mak tanya resepi donut mak yang memangg famous kat kg SSS tu..

Al-maklumlah..mak SSS dulu meniaga..so donut ni la yang terbaekkk... so SSS pun ape lagi dengan semangat yang ada... TRY...TRY..and TRY!! Chaiyok2!!! Boleh je nak beli kat kedai...Ahaks!!! Lagi best..mak SSS bagi resepi untuk adunan 1 kg tepung gandum...hahahha...mmg lawak...SSS dah wat inovasi jadikan 1/4kg je...yang nak makan pun hanya SSS, hubby & anak jek..hehhe..lawak2...boleh laaa...

Bila dah siap..ape lagi..Hubby SSS la yang jadi mangsanya untuk merasa..hahahha....yang penting...hubby tetap kata terbaik (cover baek punyaaa)..hahahah..
Moral :: lain kali kalau mak mintak tolong wat donut dolu2...jangan wat tak tau je...hahaha..tengok skang..dah buta donut....kuang3!!!

Tuesday, February 14, 2012

Keindahan S.A.B.A.R

Salam kesabaran dari SSS..

"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu"
Surah Ali-Imran ayat 120.

 
Kali ni SSS nak berkongsi tentang S.A.B.A.R. Sebenarnya tidak ada yang paling sukar di dalam dunia ini selain bersabar kerana  sabar itu merupakan satu kerja yang unik seperti menahan keinginan terhadap sesuatu ataupun apa saja yang kita ingini.  MAKNANYA! Ertinya sabar itu, perlukan hati dan jiwa yang kental untuk menghadapi segala ujian seperti ini. Kadang-kadang ianya menyakitkan hati dan boleh menyebabkan kita jadi marah. Sabar juga akan membuatkan kita bahagia bila semua yang kita perjuangkan mencapai hasilnya. Kita tersenyum melihat pencapaian anak-anak contohnya, sehingga air mata mengalir bila teringat macamana kita mendidik mereka dengan sabar.
S.A.B.A.R adalah cermin keperibadian seseorang, ianya melambangkan kekuatan jiwa menempuh semua masalah yang kita hadapi. Ada juga orang yang  membunuh diri  kerana ketidaksabaran. NAUZUBILLAH....Hanya dengan bersabarlah kita boleh menempuhi semua kejayaan.

Moralnya :: 2012 ni...SSS berazam untuk menjadi insan yang lebih S.A.B.A.R..dalam menempuh segala dugaan & cabaran.
Insyaallah...semoga Allah sentiasa di sisi SSS, Suami (Md Hanafi bin Jais) & anak (Muhammad Alif Imtiyaz bin Md Hanafi)... amin.... 

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com