Friday, June 22, 2012

More EUROmania : Standing Updated...

Salam Euromania...

Entri kali ni, SSS kasi tau kedudukan terkini setiap kumpulan. Hanya kumpulan A dan B sahaja yang dah confirm skang ni team mana yang masuk Quarter Final. Yang paling penting adalah favourite team SSS: JERMAN dapat mara ke QF.. Yahoooo!!!





Updated ok. To be continue...

Tuesday, June 19, 2012

Susah ke nak faham ni?

Tak ada --> Diadakan..

Tak perlu --> Memang diperlukan..

Tak nak --> Di nak kan..

Tak faham --> Tak nak pulak fahamkan..

Tak hargai --> Tak pandai menghargai atau buat-buat tak pandai..

Tak dapat --> Sibuk nak dapat sangat..

Tak fikir --> Ada fikiran ke tak?


Semua takkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ape citer nih?

EURO 2012 | FEVER

klik sini untuk INFORMASI EURO 2012 @ Full Version

JADUAL PERLAWANAN EURO 2012

Kumpulan A (Poland, Greece, Rusia dan Republic Czech)


·         8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE (1=1)
·         9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH (4-1)
                      ·         12 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH (1-2)
·         13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA (1-1)
·         17 Jun  – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA (1-0)
·         17 Jun – 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND (1-0)
 REP. CZECH & GREECE :
GO TO QUARTER FINAL

Kumpulan B (Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal)

·         9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK (0=1)
·         10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL (1-0)
·         13 Jun – 11:55 malam | DENMARK vs PORTUGAL (2-3) 
·         14 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN (1-2)
·         18 Jun - 02:45 pagi | PORTUGAL vs BELANDA (2-1)
·         18 Jun – 02:45 pagi | DENMARK VS JERMAN (1-2)
GERMANY & PORTUGAL :
GOI TO QUARTER FINAL

Kumpulan C (Sepanyol, Itali, Ireland dan Croatia)

·         10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI (1-1)
·         11 Jun– 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA (1-3)
·         14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA (1-1)
·         15 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs IRELAND (4-0)
·         19 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL (0-1)
·    19 Jun – 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND (2-0)

SPAIN AND ITALY:
GO TO QUARTER FINAL

Kumpulan D (Perancis, England, Ukraine dan Sweden)


·         11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs ENGLAND (1-1)
·         12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN (2-1)
·         15 Jun – 11:55 malam | UKRAINE vs PERANCIS (0-2)
·         16 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs ENGLAND (2-3)
·         20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE (1-0)
·         20 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS (2-0)
ENGLAND & PERANCIS:
GO TO QUARTER FINAL

* PASTIKAN ANDA TIDAK TERLEPAS JADUAL UNTUK MENONTON PERLAWANAN UNTUK TEAM FAVOURITE!!
SSS | GERMANY | CHAMPION | EURO 2012

Sunday, June 17, 2012

Kami di sana...

9 Jun 2012 (Sabtu) : Kenduri Tahlil dan Yasin buat Allahyarham Bapa Mertuaku (Hj Jais bin Tawab) dan Allahyarhamah Ibu Mertuaku (Hjh Salmah binti Sihat) setelah pemergian arwah selama 5 tahun. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman di sisi Allah s.w.t. AL-FATIHAH...Amin...

Gelagat Imtiyaz bersama sepupu2nya @ Kg Redong. Sekali-sekala jumpa, boleh tahan juga. Semua hampir sebaya, apalagi aktiviti banyak la nak buat. hehehe..
Magic coloring..Hanya dengan sebatang lilin saja...ahaks!!

Tekun betul Imtiyaz..nak siapkan Ben-10.


Aktiviti di malam hari selepas kenduri, BBQ TIME!!! Jom bakar-bakar!! Sekali-sekala berkumpul adik-beradik hubby SSS, so apelagi kitorang BBQ la. Layan anak-anak buah, makan-makan. Memang enjoy!!
Ketam + Sosej + Kerang + Ikan + Ayam






Sekali-sekala apelah salahnyer. Nak gathering, ntah bila pulak. Hehehe.. so anggap jela ni family day.. Enjoy!!

Saturday, June 16, 2012

SSS stress?


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak & suami/isteri pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
 

Disini SSS ingin berkongsi sedikit info, 
How to overcome our stress!! 
AND NOW.. STOP!!! 
TIPS MENGURANGKAN TEKANAN.
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. 

  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.


  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
**********************
SSS sangat MENCINTAI
Imtiyaz & Hubby!!!

Tuesday, June 12, 2012

Kau Pergi Jua...

Salam blogger,
Kau Pergi Jua... entri SSS kali ni. Memang sangat mengejutkan SSS, hubby dan Imtiyaz. Ikan kesayangan hubby SSS telah pergi buat selama-lamanya. Hampir setahun juga kami membela ikan arowana ni. Nama pun tak sempat bagi. Tup tup dia pergi begitu je. Actually dah hamper sebulan SSS dan hubby perasan, mata ikan ni dah merah. Ingat luka sebab dia selalu bergelut dengan filter dalam akuarium tu sampai tercedera. Itu ok lagi la kan, yang menjadi bertambah peliknyer, hubby ada beli ikan kecik-kecik untuk jadi makanan tapi dah nak sebulan juga ikan kecik tu tak abis-abis sehinggalah ke hari ni.

Tanggal 12 Jun 2012, tamatlah riwayat ikan kesayangan hubby SSS ni. Macam biase, balik je keje SSS buka pintu terus Nampak akuarium tapi yang pelik tak Nampak pulak ikan arowana ni. SSS tengok dekat-dekat, Allahuakbar... Terperanjat betul tengok ikan tu dok tergolek dalam akuarium. Apalagi SSS menjerit la panggil hubby. Imtiyaz pun sama jugak. Dalam masa 5 minit jugak kami bertiga terpinga-pinga. Macam tak percaya ikan kesayangan tu boleh mati sebabnya memang hubby menjaganya dengan baik dan bersungguh-sungguh.




 

Sedih macam nak menangis pun ada. Tapi nak buat camner, takde rezki nak hidup lama. Nampaknya kami perlu mencari pengganti segera. Akuarium pun dah gelap je ni. Rasa tak best pulak. Malam-malam dok lepak tak tau nak tengok ape lagi. Huhuhuhuhu!!!



Sunday, June 10, 2012

Kisah Hepinya dia...

Salam...


Imtiyaz & Boboiboy? Memang happening dibuatnya. Ini ceritanya, bulan lepas SSS, hubby & Imtiyaz gi Melaka untuk jenjalan cari makan. On d way balik kat traffik light, Imtiyaz dok menjerit-jerit. Haiyak!! Apa laaa jerit2 nih. Itu yang SSS dok kompius. Nasib baik lampu merah tu lama, Imtiyaz dok excited sebabnye ternampak banner yang ada gambar BoboiBoy & Yaya kat Melaka Wonderland. Alamak!!! Jangan mintak pegi sudah.. Dah malam2 plak tu. Abisss laaa... Hihihi...

SSS dok baca kat banner tu, ermm lambat lagi nampaknya. Jadinya yang boleh SSS bgtau kat Imtiyaz, sabo ye..nanti kalau ibu dgn ayah cuti, kita pergi jumpa BoboiBoi yer... Ihiks!!! Ada 3 minggu lagi...

Tiba hari yang dinanti-nanti, asalnya SSS dgn hubby mcm taknak je bawak Imtiyaz pegi Melaka Wonderland tu sebabnya cuti sekolahkan...mesti penuh dengan umat manusia. Air kolam pun mesti tak berapa nak cantik. Tapi sebab SSS dah rasa macam bersalah je kalau tak bawak Imtiyaz, 4hb tu terus je bangun pagi2, jam 8.30am kitorang bertolak ke Melaka dengan harapan tak ramai lagi la orang kat sinun. Alhamdulillah SSS sampai sana, orang tak la ramai sangat tapi pas je SSS dapat tiket, ada 3 bas parking. Wah!! Orang turun macam tak tentu arah. Hehehe.. Yang penting Imtiyaz dah tersangat2 la hepi.. Asyik tanya Boboiboy & Yaya mana? So Kitorang breakfast dulu, tiruk2 dulu. Jam 10am terus gi booth Boboiboy, tunggu depa keluar. Muka pun dah hampir nak jadi arang. Hahahahha!!
Panas la bu..cepat skit bu...
Swimming...Sejuknyer....


@ BoboiBoy Booth.. Waiting for BoboiBoy and Yaya came out.

Jadi, kat bawah ni ada la gambar kenang-kenangan Imtiyaz bersama-sama Boboiboy, memang taknak balik dibuatnya...Hiihiihihi.. Imtiyaz pulak memang percaya yang Boboiboy & Yaya tu REAL.. “Besarla bu...dalam tv kecik je” itu yang terkeluar dari mulut Imtiyaz. hihihih. Puaslah Imtiyaz bergambar dengan hero kartun 2012 nih --> BoboiBoy & Yaya!!



Muka dah nak rentung..ni tengah tunggu maskot keluar dari markas. Dah rasa boring nih..beli magazine boboiboy & t-shirt.


BoboiBoy dan Yaya dah keluar dari markas.. Semua orang dah ready nak dancing & bergambar..Budak2 siap menjerit2...hehheee

Sempat lagi ayah dan Imtiyaz bergambar dengan hero heroin ni sebelum diorang ke pentas utama...Best!!! Imtiyaz very EXCITED!!!
Maskot Melaka Wonderland dan BoboiBoy & Yaya ber'Chicken Dance" dan Poco-poco!!
Ni giliran SSS pulak nak bergambar dengan maskot. Memang macam nak peluk. Besar sangatkan...nasib baik orang dalam tu..kang peluk jadi ape pulak..hahahhha!!!

Sesi berebut-rebut nak bergambar...

Imtiyaz lagi sekali shake hand dan bergambar dengan BoboiBoy..Memang hepi tersangat-sangat. Sampai tak nak balik umah...

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com