Friday, August 31, 2012

Untitled

Salam sahabat..

Aidilfitri kali ini, banyak perkara2 baru yang berlaku dalam hidup SSS. Alhamdulillah, yang baik SSS sangat bersyukur dan yang kurang baik tu, SSS jadikan sempadan. Tapi ada satu je yg SSS cuba bagitau dengan diri ini --> I don't trust u anymore, bak kata pepatah Paku Dulang Paku Serpih, Dulu Kata SSS tapi Skang Dia yang lebih. Hari raya ni kan, ingat dah berubah Ytapi tak juga. Manusia ni susah nak berubah kalau kita sendiri taknak berubah. Seperti juga yang ada dalam hadis (sori SSS lupa hadis yang mana) hehee..

Tapi takpe...SSS tetap maafkan semua orang supaya SSS lebih tenang..dan SSS juga mohon MAAF jika ada terbuat salah secara sengaja atau tidak sengaja yang mengguris perasaan semua sahabat yang mengenali SSS. SSS juga manusia biasa yg mudah melakukan kesilapan. Yang penting, SSS akan terus berusaha untuk menjadi lebih positif dan neutral...hehehhehe. Insyaallah...

Wednesday, August 29, 2012

Projek BSS


Ramadhan 2012? Sudah tiba.. maka dengan ini diumumkan bahawa projek BSS akan akan bermula.. Eh silap! Dah pun bermula + selesai. Selalunya orang akan sebut BFF tapi SSS lain pulak, Projek BSS a.k.a Biskut Sarang Semut. Ahaks!! Biskut raya kegemaran SSS dari kecik sampailah skang ni.. nak cari ni kat kedai2 mmg tak jumpa laaa..kalau ada pun, kompom rasanya tak sama dengan BSS nih.

Ni conflake tidaklah digunakan utk BSS. Saje je amik pic bakul...hahahaa

Oven yang penuh nostalgia dalam kenangan....
Actually BSS ni adalah biskut tradisi daripada Bonda SSS. Dolu masa SSS kecik2, Bonda SSS slalu buat setiap tahun nak raya. Kompom buat!! Kalau tak buat mmg la SSS merajuk nak raya. Tak lengkap menu kuih-muih raya SSS. Bila dah besar ni (bujang laaa), SSS akan buat projek ni dengan kakak SSS, ada juga laaa sekali sekala abang SSS akan tolong (letakkan somut ey)..hehehe.. memang seni laaa... Tapi skang SSS dah kahwin, ada family sendiri, rumah sendiri, semua la kene sendiri, resepi BSS ni pun sendiri cilok dari Bonda, maka buatlah BSS ni sendiri dengan pertolongan bala tentera kat rumah tuh.

Colourful!!! Aribaaaaa!!!! Yeehaaa!!!


Tahun lepas, SSS memprojekkan BSS ni dengan suami dan anak tapi tahun ni Bonda ada kat rumah SSS, maka ape lagi besar2an la SSS nak membuat BSS ni... Iskh banyak betul “S”, nak sebut pun tersembur2..ahaks!! So sahabat semua, tengoklah hasilnya, sori lambat skit la upload gambar ni. Tapi kalau nak merasa, meh datang umah SSS beraya.


* Ado laie satu biskut tau..hehhee..tungguuuuu

Sehari, 2 Hari, 3 Hari & Hari-hari seterusnya

2 hari lagi dah masuk bulan September 2012.. Lagi 4 bulan dah nak masuk tahun 2013. Cepat betul masa berlalu.. Mcm2 dah aku tempuh selama 8 bulan ni. Ya Allah, berikan aku lagi, lagi dan lagi kekuatan untuk menempuh segala dugaan & ujian dariMU. Semoga aku lebih kuat & tabah. Panjangkan umurku, suami dan anakku serta permudahkan rezekiku, suami dan anakku..
Chaiyok2 untuk Aku!!!

Monday, August 27, 2012

"Long Time No See"

Long time no see? How r u? Itu la yang selalu kita ckp pada org yg dah lama kita tak jumpa.. Itupun kalau rasa diri tu ala2 amerikaaaaa!! Tapi ape kes pulak, kalau kita ckp mcm tu kat org @ org lain ckp gitu kat kita, padahal baru je tak jumpa seminggu..hehhee... Dia rindu kot.. Tapi lagi best, ape ke hal nyer kalau suami kita @ kita sendiri ckp gitu? Walhal baru je jumpe 5 minit tadi.itupun sebab pegi toilet...hahahahaa!!

Takpelah yang penting, ertikata lain, mmg kita ni selalu org ingat tapi penah tak kita dok ingat org lain seperti mana yg kita harap sgt org dok ingat kita. Sori to say la, uols jgn dok harap la, org nak ingat2 diri ni KALAU kita pun tak kuase nak ingat org.. Sama juga la antara diri ni dengan Allah, mana la Allah tu nak ingat & sayang kat kita, kalau kita pun tak penah nak konsisten ingat DIA.. Dah jadi lumrah manusia ni, time SuSaH mmg la 'ingat' sgt2 kat DIA.. Ngeri kan.. Tapi semua tu 'small the pieces' jek... Org amek mudah jek.. SSS sgt kompom laaa, kalau kita ni dengan sesama manusia pun selalu lupa melupai, dah pasti dengan Allah pun boleh lupa2 kan? Heheheh..manusia la katakan...

Moral :: Jangan lupa diri sudah!! Dan juga....


 

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com