Monday, October 15, 2012

Kata-kata untuk diriku...

Setiap insan perlu ada kekuatan, tanpanya tiang yang dibina sekuat manapun pastinya akan rebah. Kawal kemarahanmu kerana kemarahan akan menunjukkan betapa diri kamu amat lemah sekali. Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.
Kesedihan hanya akan membuat musuh anda gembira. Dari itu bahagiakanlah hati kita yang mana membuat musuh kita berdukacita. Semangat yang berkobar-kobar adalah hiasan para waris Nabi, sedangkan kesombongan adalah virus yang menjangkiti para penzalim yang keji.
Jangan pernah rasa putus asa kerana itu adalah alasan mereka yang hanya melihat dunia ini dengan penuh masalah. Sebaliknya jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk merubah masa depan supaya ia lebih baik. Halangan atau cabaran atau masalah bukanlah penyebab besar kepada kegagalan kamu tetapi diri kamu sendiri.

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com