Friday, November 30, 2012

Donut?? Yummyyy!

Salam semua, pekabo... Lama jugak SSS tak upadate stori-mori. Nak kata bz, tapi xtau bz ape ntah. Mcm tak tentu arah. Huhuuhu.. Tapi kali ni SSS cuba jugak update mana yg ado.. Kali ni SSS nak share tentang D.O.N.U.T. Oppssss!! Bukan donut yang dot dot dot tu ye.. Ni Stori ttg kuih donut.. Hhahhaaa
Bukan pe, pagi tadi SSS pegi breakfast and this time bawak skali Imtiyaz. Sebab? SSS kene hantar Imtiyaz ke Dewan Jubli Intan Tangkak bcoz of annual concert rehearsal. So 830am baru kene ada di dwn, dgn kesempatan yang ada dlm stgh jam, SSS & hubby bawak la Si kecik ni breakfast dlu kat tempat biase. Hehehee.. Sampai2 je Imtiyaz terus order "nak kuih yang ada gula tu".. Ermmm agak dah. Kat kedai ni jelah yang ada donut best dan jugak kuih keria best. Mmg best, sama skit la mcm mak SSS buat..
Donut la kegemaran Imtiyaz.. Penah jugak dulu SSS cuba buat, jadi buat tapi hehehhee... Mcm biase, kepakaran kureng maka faham2 jelah. Yang penting Imtiyaz suke..ahaks!! Ni ada shot baek punya untuk dikongsikan..







Thursday, November 8, 2012

Imtiyaz Exam Lagi?




Imtiyaz exam lagi?

Yeahhh!! Minggu lepas Imtiyaz dah setel Flash Card Test dan minggu ini pulak bermula 5hb Nov sehingga 7hb Nov 2012, Imtiyaz Final Year Exam. Wah, SSS yang dok risau. Si kecik ni rileks je. Balik sekolah terus pulun ipad SSS.. Ape lagi, bising la si ayah tu. Kene marah la imtiyaz dengan ayahnya termasuk jugak la SSS pun kene marah..hikhikhik.. “Anak nak exam, main ipad lagi!” itu la ayat si ayah pada anaknya dan si ibu.. Hahahaa..

Tapi Imtiyaz memang sangat tekun, SSS umpan dia “Kalau tak baca buku, tak bole main ipad”. Terpaksa la buat macam tu. Kalau tak, mesti tak jalan punyalah nak membaca walaupun baru 4 tahun dan pulak tu nak exam.

SSS berdoa sangat2 keputusan Imtiyaz akan lebih cemerlang daripada MidYear Exam. Kalau boleh nak semua subjek dapat 100%.. hihihi.. cita2 kene tinggi walaupun Imtiyaz tak paham lagi ape itu EXAM & RESULT. Macam exam yang lepas, subjek juga yang sama. Ini la tarikh2 keramat untuk Imtiyaz berjuang.

Flash Card Test.
29 Nov 2012 : English
30 Nov 2012 : BM
31 Nov 2012 : Mandarin

Final Year Exam.
05 Dis 2012 : Math
06 Dis 2012 : BM & English
07 Dis 2012 : Mandarin

p/s : Ayah dan Ibu akan bawak Holiday Terbaik untuk Imtiyaz!!!


 

Doaku Bermakna Untuk Dia


“Doa itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Doa bukanlah sekadar ibadah sahaja, malah ia juga menjadi otak mahupun inti ibadah. Imam Syaukani di dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. Maka, setiap amalan tanpa doa adalah seperti pokok tanpa buahnya. Hal ini adalah kerana doa adalah inti bagi setiap amal ibadah.

Doa dapat didefinisikan sebagai permintaan atau permohonan daripada pihak yang berkedudukan rendah kepada pihak yang berkedudukan lebih tinggi. Pihak yang berkedudukan rendah yang dimaksudkan disini ialah manusia dan pihak yang berkedudukan tinggi itu adalah Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna.

Doa juga adalah manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan. Hal ini turut diperjelasakan dalam surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksud: Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”

P/s : SSS akan terus berdoa kepada DIA untuk memohon kebaikan kerana ALLAH akan terus memberi makna kepada SSS atas doa yg SSS pohon.. Amin

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com