Friday, November 1, 2013

Selamat hari lahir... Almarhum Ayah...

01 November 1946 : SELAMAT HARI LAHIR kepada almarhum ayahku. Walaupun ayah sudah tiada, ingatan dan kerinduan menebal ini terbit dihati ini... Seharusnya usiamu kini mencecah 67 tahun. Tetapi aku redha kerana kasih sayang Allah terhadap dirimu ayah adalah melebihi segalanya termasuk juga melebihi kasih sayangku terhadap mu wahai ayah. Aku redha... Hanya hadiah Al-Fatihah sahaja buatmu wahai ayah... Al-fatihah.. Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin....

              

                                    

SSS : sangat2 rindu pada almarhum ayah... Kepada yang masih mempunyai kedua org tua, sayangilah mereka sebelum mereka di tiada kerana Allah sangat2 menyayangi mereka melebihi kita.... 


Saturday, July 27, 2013

Perlu ke amik tau??

Salam blogger,

Sudah agak lama jugak SSS tak update blog ni.. Nak kata bz mcm poyo je tapi senang maksud prosa kata, MALAS. Atau prosa kata sopan skit, tiada kesempatan masa yg mencukupi. Ye ke??

Ape yerk, di malam2 bulan ramadan ni.. Selepas menunaikan perkara2 sunat.. SSS teringat sesuatu yang agak kurang best la.. Tu yang post title tu jadi cenggitu.. Perlu ke amik tauuuuu?? Actually SSS dh tau jawapannya, tak perlu pun.. Hal dah berlalu bertahun yg lps.. Dengan rasa keinginan yang mendalam, cewahhhh... SSS nak tau jugak ada 1 spesis burung ni.. Masa SSS tau hal burung ni, actaully benda yg x baik sampai kat telinga ni, SSS ignore je.. Mlm ni ntah cane terasa nak tau pulak, so dok la tanya pakcik google ni... So hasilnya --> http://id.wikipedia.org/wiki/Hering  (kalau nak tau, google la jgk yer)

Bila baca, mashaAllah.. Related ?? Rasional? Ermmm.... Allah je yg tau.. Hati ni rasa nak malatoppp!! Ya pasti, 
dalam hati ni terus berdoa "Ya Allah, Kau berikan hidayah dan cahaya keinsafan pada dia, ko berikanlah balasan 
yang setimpal dengan apa yg dia dah lakukan dibelakang hambamu ini.. Aminnn" 

TITIK!! Aku maafkan kamu sempena BULAN RAMADAN AL MUBARAK ini. 
Yelah, aku faham, Mungkin nak bergurau tapi tak tau batasan hati dan natijahnya... 

Ini sekadar luahan SSS... Kalau ada yg x faham...cuba tanya semula, PERLU KE AMIK TAU?? Hahahhaaa... 

Sunday, May 19, 2013

Wish u all the best!!

Selamat menghadapi mid-term exam buat boboy kesayangan SSS. Esok sehingga rabu ni, Imtiyaz akan menghadapi exam. SSS pulak yang nebes.. Tengok imtiyaz rileks je. Al maklumlah, bukan faham sgt pun ape itu exam tapi yang bestnya, imtiyaz selalu bgtau kat SSS yang dia taknak dpt nombor 2 lagi.. Nak nombor 1 pulak.. Bila dia ckp mcm tu je, SSS pun kembang setaman la tapi bg skit motivati kat dia dengan kata2, 

"Kalau nak nombor 1, kenelah tulis byk2... Spelling byk2.. Homework kene buat revision waktu malam (imtiyaz slalu siapkan homework kat sekolah pada waktu ptg. So mlm kitorang akan buat revision sama2)" 

Alhamdulillah setakat ni ape yg kitorg amalkan, imtiyaz boleh buat. Wai'ma balik kg or pegi bercuti mana2 mesti kene bwk beg sekolah siap semuanya. Nanti ada time2 nya, imtiyaz akan request nak ngadap buku. Kalau tak bawak, alamatnya bergegar la rumah kene bebel.. Hahahhaa.. Selalunya SSS la yg jadi mangsa keadaan sebabnya SSS tukang packing. Hhehee.

Oklah. No more talk... No more writing... Wanna say that 

GOOD LUCK TO U, MY SON --> IMTIYAZ.

LUV U SO MUCH!!


Friday, May 10, 2013

Pereka Muda 😘😘 Imtiyaz.. Luv u so much!!!

Salam blogger, 

Wah lama tak update blog.. This time SSS nak share skit la... Hari ni, Imtiyaz dapat something daripada cikgu dia. 

PEREKA MUDA : Daya Kreativiti dan Estetika Kraf Tangan..  

Hehehe.. So uols tengok jelah yer pic ni...










Sunday, April 7, 2013

We do not get what we want but what we are.

"Kita tak boleh dapat kerja yang lebih baik dengan mudah tetapi jika kita bekerja dgn lebih baik, inshaAllah kerja yang lebih baik akan datang" 
Petikan dari Kata-Kata Hikmah Prof Dr. Muhaya; Pencetus Inspirasi.

Jom reset minda. InShaAllah.. Semoga niat kita bekerja hari ini mendapat keredhaan dan barakah dari Allah swt. Sekadar berkongsi. 
 
We do not get what we want but what we are.
 
Amin Alhamdulillah.
 

Sunday, February 24, 2013

32 Tahun sudah usiaku..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi, diri ini masih lagi dapat melihat hari ini dengan mencecah usia SSS untuk yang ke 32 tahun. SSS bersyukur juga kerana diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dalam usia ini. In Sha Allah akan SSS menghargai hari-hri mendatang dengan sebaik mungkin.

Syukur juga SSS masih ditemani oleh suami dan anak tercinta yang sentiasa menyokong SSS mengharungi setiap perkara dalam hidup ini tak kira dalam karier SSS atau atau sekali pun. Trima kasih tak terhingga untuk En Suami --> Md Hanafi bin Jais dan anak SSS --> Muhammad Alif Imtiyaz bin Md Hanafi.


I LOVE BOTH OF YOU!!!!!!!

Yang gurgirl sebelah tu kawan Imtiyaz, Dek Ja namanya.. heheheh...

Wednesday, February 20, 2013

Aku Redha

Salam semua...

Saat demi saat,
Minit demi minit,
Jam demi jam,
Hari demi hari,
Apa nak buat,
Allah tu Maha Mengetahui,
Tapi aku redha,
Hanya Allah akan menimbangtara nya,
Ya Allah,
Aku serahkan segalanya kepadaMu,
Berikanlah kerahmatan kepada dia walaupun hatiku ini pedih,
Pedih ini,
Aku pasti akan Kau berikan penawarnya,
Ya Allah, aku redha,
Dari petunjuk Mu jua la,
Aku mengetahui segala kebenaran dia selama ini.
Aku Redha, Aku Bersyukur,

Hanya yang dapat aku luahkan,
Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah...


Monday, February 18, 2013

Cukup.. Cukup.. Sudahh...😇

Cukup la sekali ni je.. Memang dah serik.. Delete all about you! 🔚 Tidak membawa sebarang manfaat langsung. Hahahahahha! 😤

Sunday, February 3, 2013

Bila saya adalah diri saya...

Astagfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah...

Ya Allah, Kau jauhkanlah diriku, suamiku dan anakku dari segala yang boleh menghampiri nerakaMu.. Peliharalah kami untuk mendekati syurgaMu..










Monday, January 28, 2013

Ini kerana... Singapore (Day 1) Part 4


Salam blogger,

SSS nak sambung lagi kisah USS yang ntah bila nak abis ntah. Hihihi.. lama dah SSS delay entri nih dan memandangkan cuti Thaipusam lama jugak SSS dok umah, maka SSS amik peluang ni nak setelkan entri tentang USS ni. Kalau ada yang dah bosan, ok boleh STOP here. No hurt feeling. Hihihihi..

Ok ok taknak buang masa, entri kali ni SSS cuba kurangkan typo and more picture here. Acewahhh.. 

Hari Pertama SSS dan seluruh famili SSS berkumpul di Bandaraya Johor Bahru. SSS bertolak dari Tangkak jam 9.00 pagi. Abang dan kakak SSS bertolak dari KL jam yang sama jugak. Kami berkumpul di Tune Hotel Danga Bay. Kat bawah ni gambar-gambar yang sempat SSS snap. Hhihihi... Macam-macam gelagat.

*Budak-budak yang paling happy bila berkumpul.

Pekena BR dulu @ RnR Pagoh

Lepak pulak kat JPO sementara tunggu Kakak dan Abang SSS.. Shopping3!!!

Bila sudah berjumpa, shopping2 then rehat2.. AhakS!!!

Oppss!! Kami dah check in. Masa untuk mandi. Si kocik punyalah hepi!!

We r ready to unite.. Hehehe.. Arsenal VS Chelsea ready for dinner together.
Massage dulu sebelum pi makan @ Lobi Tune Hotel.
 Masa untuk makan malam. Muka semua dah macam harimau selatan. kelaparan. 
Tempat port : Singgah Selalu
Posing dulu.. Order-order makan.. yum yum yum!!!

ABC terbaek!!!




Ni semua sepupu-sepupu Imtiyaz.. dari kiri Kak Dina, SSS, Abang Daniel, Abang Paan, Yaya. Depan tu tentunya IMTIYAZ. Ada sorang lagi kat belakang sebelah kanan tu, Kak Afini namanya.

Antara menu makan malam kami.

Gelagat budak2 yang tengah lapar.. Layan gadget la ape lagi...

Aktiviti terakhir sebelum tido. Siapkan awal-awal sebelum pagi esok.

 * Mata sudah mengantuk.. Esok akan berjuang di USS. Yeehaaaa!!!

Ini kerana... Singapore Part 3


Salam dari hati ke hati..
Cewahh...
Moh ler kita sambung lagi kisah Kota Singa ni. Opppss bukan Kota Singa tapi kisah USS yang dah part by part masih juga takde kesudahannya. Hiihihihi.. 

Kali ni, SSS dah kongsikan lagi tentang kos perbelanjaan yang telah SSS keluarkan semata-mata untuk masuk USS. Ahaks!! Actually SSS pergi sana bersama2 dengan famili abang SSS yang sulung, famili kakak SSS yang nombor 2 dan juga Bonda SSS. Kiranya macam famili trip la. Lagipun semua tak pernah pergi USS tu. Jumlah kami semuanya ada 7 Dewasa dan 6 Kanak-kanak. Ramai juga la.. Opppss bagi SSS ramai la sebab famili SSS ni tak besar. SSS Cuma ada 3 beradik je dan yang penting, SSS yang bongsu. Cewahhh...

Firstly, of coz kene beli tiket USS. So SSS terus la bertanya dengan En. Google dan masuk website USS nak survey tiket harga berapa.. Tarikh dah ditetapkan atas perbincangan adik beradik, confirm 11 Nov 2012 (Ahad). Wah cuti sekolah tu. Takpelah yang penting anak2 semuanya hepi. Tapi ntah nape, SSS dipertanggungjawabkan oleh abang & kakak SSS untuk setelkan semua. Maka bermulalah pencarian tiket USS. Ada juga SSS try tanya agen yg jual tiket USS ni tapi  bila nak beli awal, harganya sama je kalau beli kat website USS. Ada agen pulak yang jual tiket murah tapi kene beli seminggu sebelum nak masuk USS. Arghhh!! Lewat pulak takut nanti SSS jugak yang terlupa, langsung tak membeli. 

Setelah berbincang dengan abang dan kakak, SSS decide beli tiket melalui website dan dalam pada masa yang sama ada promosi kepada pengguna Maybankard. Ini pun 1 masalah jugak, maklumlah SSS ni takde kad kredit (tak kuase dah  nak berhutang kad ni), maka nak membeli tiket tu agak susah. Jadinya dengan keizinan kakak, SSS guna kad kredit Maybank kakak SSS jek. Hahahha.. berjaya akhirnya dapat harga promosi tu walaupun tak lah semurah mana tapi MURAH la jugak.. (haiyak ape aku dok bebel ni).. Fenin2..

Yang kat atas dan bawah ni baru Booking Confirmation. Pas je beli tiket, pihak USS akan emel kat SSS semua butiran dan jugak tiket masuk USS secara individu. 


Total kos untuk tiket je SGD 669.80. Hihihihi.. murah je tu tapi dalam SGD la.. kalau ditukarkan ke matawang Malaysia, jadinya lebih kurang MYR 1734.80. Wah lumayan pak. Masa ni agak mahal jugak la tapi kalau skang ni ditukarkan lagi murah lebih kurang MYR 1650.46 jek.. Hahahahaa..itu total untuk 12 orang la. Anak buah SSS tu ada sorang yang FREE masuk USS sebab bawah 4 tahun. Apa-apa pun, anak SSS pun kene bayar.


Pihak USS emel pulak tiket masuk USS, maka kene pastikan emel korang aktif dan check butiran serta bilangan tiket yang diemelkan. Kalau ada silap, terus je contact USS. Memang mudah dan cepat la. Ape lagi SSS terus print je tiket tu guna kertas A4 je. Jangan risau yang penting ada BARCODE kat tepi tu sebabnya masa kat depan pintu masuk tu nanti, diorang akan scan macam gitu je. Senang.. Senang.. Senang..


Tiket USS dah ada, now SSS kene fikirkan tempat untuk TIDO pulak. Memandangkan famili SSS takde sedare terdekat di JB ni, so kitorang decide dok hotel je. Mula-mula nak dok homestay je tapi jauh skit dari tempat nak naik bas ke USS tu. Maka SSS cadangkan kat ahli rombongan untuk stay kat TUNE HOTEL DANGA BAY je. Kalau hanya SSS, Hubby dan Imtiyaz je yang pegi Singapore, SSS dok umah abang ipar je tapi kali ni ramai, dok hotel jela. Takkan nak sumbat semua kat umah abang ipar SSS. Wah.. sardin la gamaknya.


SSS suker sangat nak dok TUNE HOTEL ni sebabnya nak naik shuttle bas ke USS tu senang. Memang kat TUNE HOTEL tu kalau check-in siap boleh beli tiket shuttle bas ke USS. Hahahaa.. tak payah nak pikir bangun pagi2 buta. Bas yang tunggu kat lobi. Sonang makcik.. Abang dan kakak SSS pun setuju, ape lagi terus le booking dan bayar. Duit.. Duit.. Duit.. Lagi dan lagi.. ahaks!!

DON'T BE SHOCK!!
Kat Tune Hotel ni semua kene add-on. Contohnya kalau nak aircond, kene la bayar ikut hari. Siaran tv pun. Wifi pun sama jgk. Hhihihi. So kalau korang nak stay sini, pandai-pandai la membeli-belah. SSS hanya amik aircond, pekej TV dan Coach untuk ke USS.  

Maka bermulalah misi kami 3 famili yang akan lepak di JB selama 3H2M dan juga 1 hari melepak di Universal Studio Singapore melayan anak-anak.



Moral : Siapkan jela bajetnyer. Yang penting belum termasuk disebaliknya iaitu belanja runcit.. heheheh

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com