Monday, September 15, 2014

Be good...

Ayuh...kita hargai diri kita sebagai seorang pekerja dengan sentiasa:- 



  • Niat bekerja kerana Allah swt. Ini menjadikan kita lebih tenang walaupun tidak/kurang mendapat penghargaan dari pekerja lain/majikan/sesiapa pun.
  • Menjalankan tugas mengikut landasan yang diredhai Allah swt. Ini menjadikan diri kita sentiasa berjaga-jaga dengan kemurkaan Allah swt di mana juga kita berada walaupun tanpa dilihat/diketahui oleh pekerja lain/majikan/orang lain.
  • Konsisten berusaha menyerlahkan akhlak Rasulullah saw dalam pekerjaan kita melalui sifat benar (siddiq), amanah (al-amin), bijaksana(fatonah) dan menyampaikan/ melaksanakan tugas (tabligh). Dalam istilah moden, sifat-sifat ini mungkin dikenali sebagai integriti, akauntabiliti, karisma, kreatif, deliverable dan inovatif.  Ini menjadikan kita sentiasa ada contoh teladan yang tepat dalam mengimbangi tugas pekerja, suami/isteri, ibubapa, anak dan yang paling penting tugas sebagai hamba Allah swt. Empat sifat utama Rasullullah saw ini sentiasa menjadi idaman setiap orang yang ingin cemerlang sepanjang zaman (iaitu di dunia dan akhirat). 
  • Memberi sebahagian hasil pendapatan kepada yang hak. Ini menjadikan kita lebih mengharap penghargaan Allah swt dalam menjalankan tugas kerana semua yang ada di dunia ini adalah milik mutlak Allah swt.
  • Monday, September 8, 2014

    Astaghfirullah.... Nauzubillah...

    Nabi saw (ber)kata di antara sahabat, "Siapa di antara kamu orang muflis?" أتدرون من المفلس Nabi kata, "Kamu tahu apa itu muflis?" Sahabat kata "Muflis ini orang yang tiada harta, yang hutang banyak, duit untuk bayar takde, itu muflis". Nabi kata, إن المفلس من أمتي orang muflis dalam kalangan umat aku ini يأتي يوم القيامة mereka datang pada hari kiamat bawa amalan dia, solat ada, puasa ada, zakat ada, tapi, mulut dia juga telah maki orang perli orang telah ambil harta orang telah memukul orang, apa jadi (kepada orang sebegini)? Maka akan diambil kebajikannya diberi kepada orang yang difitnahnya tadi, orang yang dia zalim tadi. Kalau habis pahala orang tadi, akan diambil dosa dan dicampak ke atas kepala. ثم طرح في النار kemudian akan dicampak ke dalam neraka. 

    Ini pesanan oleh Nabi yang begitu besar kepada kita. Tidak kira apa jenis kita ini, blogger ke, baru-baru nak belajar menulis ke, ahli-ahli facebook ke, wartawan ke, pembaca berita tak kira tv apa, semua kamu ingat, apa yang kamu kata, apa yang kamu tulis, kamu ingat main-main, "saya cuma baca skrip", وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا kamu ingat benda itu main-main, وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬ tapi, ia besar di sisi Allah.

    Kamu nak jadi orang muflis di akhirat? Dengan permainan-permainan alat-alat moden yang ada hari ini, duk reka cerita, ambil gambar orang, potong sana potong sini, akhir sekali keluar fitnah.

    Kamu ingat orang (yang) kena fitnah ini boleh tidur malam? Kamu ingat orang (yang) kena fitnah berdiam diri begitu sahaja? لا (tidak)

    Orang (yang kena) fitnah, orang yang kena zalim, doa orang yang kena zalim ini mustajab.

    Allah swt sebut لأنصرنّك ولو بعد حين (ertinya) "Aku akan memberi pertolongan, walaupun selepas beberapa ketika". Hari ini kita lihat, tidak kira orang hidup ataupun orang mati, semua tak selamat. Orang mati pun tidak selamat. Apabila ada tokoh ulama mati, semua orang mengeluarkan kenyataan, statement yang begitu dasyat. Tulis macam-macam kepada orang ini.

    Kita kena ingat, kita boleh keluarkan pandangan mereka yang bercanggah daripada kebenaran tapi jangan mencerca mereka.

    (Sumber : http://sebarislam.blogspot.com)

    ******************************************************

    HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

    Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati. Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

    Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu. Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.

    Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

    Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan dengar khabar mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

    Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

    Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

    Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

    (Sumber : http://alfatehdarwisya.blogspot.com)

    **********************************************************

    Saya tidak layak memaafkan kamu wahai si pembuat fitnah ke atas diriku.. Mohon la keampunan daripada Allah SWT. Semoga Allah memberikan hidayah ke atas kamu untuk kembali ke jalan yang benar. Aminnnn..


    Monday, May 26, 2014

    26 Pesanan Buat Suami





    Pesanan Buat Suami
    -Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

    1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


    2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

    3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

    4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

    5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

    6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

    7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

    8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

    9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

    10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

    11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

    12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

    13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

    14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

    15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

    16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

    17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

    18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

    19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

    20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

    21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

    22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

    23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

    Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

    Saturday, May 10, 2014

    Lupa asal usul...kerana mengharapkan penghargaan manusia...

    Salam blogger,

    Dihening malam2 sunyi sepi begini, SSS masih tak dapat nak lelapkan mata ni.. Walaupun mengantuk tapi bila dah cuba2 pejamkan kata..masih tak terlena.. Mcm2 dah SSS cuba apply tips utk mudah tido termasuklah memaafkan semua org yang dan juga memohon maaf drpdNya... 

    Tiba-tiba....

    SSS teringat pulak pada seseorang yang SSS nak kategorikan sebagai kawan pun tidak, sedara pun tidak, BFF ape tah lagi BUKAN.. hanya sekadar kenalan...terus hati ini beristighfar bila teringatkan si dia itu.. SSS wakilkan nama si dia tu sebagai Kak Nam la yer... Senang skit..

    Ntah nape hati ni nak share skit 1 sikap Kak Nam yang sgt mengjengkelkan.. Baru je mintak maaf.. Kononnya nak tido.. Ni dah stori pasal Kak Nam pulak.. Bukan niat SSS nak aibkan dia, tapi sebagai pengajaran dan ikhtibar.. Merujuk pada tajuk entri kali ni laaa... Lupa asal usul...

    Ok begini lah storinya...
    Kak Nam ni baik orangnya.. SSS kenal kak nam ni takde la lama sgt dan takde la baru sgt.. So-so laaaaa... Nmpk mmg tulus mulus je.. Tapi makin lama kenal, makin menjengkelkan... Nak tau nape? Hahhahahaa... Mestilah nak tau... Yg SSS tau pasal kak nam ni, sibling dia takdelah ramai sgt, parent boleh tahan la.. Kononnya dok bandar tapi taklah bandar sgt.. Pinggiran je kot... Nak kata kaya bangat tu, tak pun.. Sbb kalau kaya, takkan kak nam bekerja... Hahhahaa.. Kalau pandai sgt pun, takkan la keje biasa2 je...paling tidak pun mesti keje bagus2 mcm doktor ke, engineer ke, profesor ke dan sewaktu dgnnya.. Kak nam ni hanya keje biasa2 mcm SSS juga.. Tapi bukanlah seopis dgn SSs..

    Kak nam ni, kalau bercakap... Mmg taknak mengalah... Bila SsS ckp, pasal suami... Mesti suami dia jugalah yg hebat dan marbeles.. Oppsss.. Ini marbeles dr segi pekerjaan, famili etc yer..kalau kita ckp pasal anak, owhhh anak kak nam tu juga la yg paling bijak, comel, pandai etc... Padahal kita bukannya nak banding2kan anak kita dgn dia.. Just borak2 biasa... SSS tengok lagi, mmg betullah famili hsbnd dia ni kategori hebat juga, tapi kak nam ni punya bangga, mcm dia sorang je ada famili mertua yg maha marbeles.. Sampai SSS rasa mcm ada timbul riak diwajahnya.. Sikit2 mak mertua dia lah yg bagus... Sikit2 ipar2 dia yg hebat, sikit2 husband dia yg terbaek... Sikit2 balik umah mak mertua... Pelik juga, nape la kak nam ni taksub sgt... Bila Sss kaji skit background kak nam ni, rupanya famili kak nam ni taklah berada sgt.. Mcm famili SSS jugak... Tapi sbb dpt khwn dengan org yang "UP" skit, rupanya hidung sudah kembang dan naik skit... 

    Skang ni yg bertambah teruk, apabila SSS or sape2 je nak mula bercakap dgn kak nam ni, kak nam ni mcm dah kategori kuang ajar pun ada sbbnya dah tak tengok muka kita2 ni... Bila kita ckp je, kak nam potong.... Bila nak tanya je, kak nam dah bagi jawapan... Salah pulak tu... Muka tu mmg takyah ckp la...muka berlagak sgt2... 

    Pernah sss test tanya pasal famili dia sendiri, mmg la kak nam ni takkan jawab sungguh2.. Tup2 terus stori psl famili husband dia... Hadoiiiii... Kak nam ni dah kenape? Serabut la tgok dia ni...mcm dah lupa je asal usul... "Awak tu org kg je..." Buat la cara org biasa2 je... Hebat di mata manusia ni, takkan bawa diri kak nam tu kemana2 pun... Sepatutnya biarlah hebat dimata Yg Maha Esa... Allah tu nak uji kak nam je sbnrnya skang ni, dia bg kak nam kelebihan famili suami yg bagus...tapi jgn sampai malu nak ngaku famili sendiri tu keadaan mcm mana...mula2 dulu SSS boleh layan lagi.. Tapi skang ni, mmg dah tak boleh blaaa... Kalau boleh, SSS taknak lagi bercakap dengan kak nam ni.. Cakap tu nak tinggi je.. Takde yg rendah langsung... Ape tujuan sebenarnya kak nam ni... Nak nmpk hebat dimata kawan2 ker? Jangan macam tu, nikmat ni Allah yg punya.. Sekali Dia tarik, meletop jiwa raga nanti...hilang akai jadinya nanti.. 

    So, kalau kak nam terbaca la entri ni, SSS mintak maaf la yer... Tiba2 teringat kak nam... Hopefully kak nam akan sedar suatu hari nanti... Ingatlah.. Tak semua org bernasib baik mcm kak nam.. SSS sendiri pun dah takde mak & ayah mertua...sedih juga kadang2 tu, kak nam asyik buat ayat2 tinggi melangit ni sampai lupa hati kawan2 dpn mata tu... Kak nam ubahlah.. Kalau tak boleh mula seluruh jiwa, mulakan dengan biasmilah dan pandang la mak ayah kandung kita tu lama2....entri ini peringatan utk SSS juga..

    Ukur baju kat badan sendiri.. Bukan badan manusia lain...tak baik tau lupa asal usul...sudah2lah tu dok mencanang kehebatan suami dan famili mertua tu... Tak semua org boleh terima kata2 kak nam tu, termasuklah entri sss ni... 


    Maaf ye blogger semua, kalau entri kali ni mcm ntah ape2... Yang penting sss dah maafkan kak nam...sedikit nasihat drp SSS, cubalah hargai manusia lain.. Hormat dengan pandangan org lain... Dan jangan dok membanding2kan life kak nam dengan life org lain...setiap manusia ni, allah jadikan berbeza2... Rezeki pun masing2... So hentikan sikap2 untuk dptkan penghargaan drpd manusia..jangan malu mengaku famili sendiri walaupun susah or kurang berada.. Itu adalah rezki dan nikmat yg allah dah tentukan...

    Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com