Wednesday, February 11, 2015

Terhalangnya pintu rezeki kerana.....

Allah adalah Zat Pemberi Rezeki. Tidak ada setitis pun air yang masuk ke mulut kita kecuali atas izin-Nya. Oleh itu, jika Allah SWT sampai menahan rezeki kita, pasti ada sesuatu yang salah yang kita lakukan. Setidak-tidaknya ada lima perkara yang menghalangi aliran rezeki.

Ada dikalangan kita yang selalu tertanya-tanya “Mengapa susah memperolehi rezeki, padahal sudah mati-matian mencarinya?” “Mengapa yer saya gagal terus dalam perniagaan?” “Mengapa hati saya tak pernah tenang?” 

Ada banyak penyebab, mungkin cara mencarinya yang kurang kena, kurang serius mengusahakannya, atau ada keadaan atau situasi yang menyebabkan Allah "menahan” rezeki yang bersangkutan. Poin terakhir inilah yang akan kita bahas. Mengapa aliran rezeki kita tersumbat? Apakah penyebabnya?

Pertama, tahap tawakkal di hati. Dengan kata lain, kita berharap dan menggantungkan diri kepada selain Allah. Kita berusaha, namun usaha yang kita lakukan tidak dikaitkan dengan-Nya. Padahal Allah itu mengikut prasangka hamba-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukan-lah yang akan ia terima. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Demikian janji Allah dalam QS Ath Thalaaq [63] ayat 3.
 
Kedua, dosa dan maksiat yang kita lakukan. Dosa adalah penghalang datangnya rezeki. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan oleh perbuatan dosanya.” (HR Ahmad). Saudaraku, bila dosa menghalang aliran rezeki, maka taubat akan pembukanya. Kebiasaannya kita ni tak perasan pun dosa dan maksiat yang kita lakukan. Tambahan seorang wanita a.k.a isteri yang bekerja, cuba renung-renungkan sejenak: WASSAP @ TELEGRAM @ WECHAT atau ape2 lagi applikasi handphone canggih sekarang ni.. Dalam sesuatu group tu ada campuran lelaki dan wanita yang bukan muhrim, berbual lama2..ckp merapu2... lagi maha dahsyat pulak siap mengumpat orang sana sini.. Allahuakhbar.... mintak dijauhkan dan peringatan untuk SSS juga. Kalau bukan group tu campur jantina pun, sama jantina pun boleh jadi penyebab juga sebab aktiviti atau perbualan yang bualkan tu lebih kepada arah yang NEGATIF.. Astaghfirullah...

Ketiga, maksiat saat mencari nafkah. Apakah pekerjaan kita dihalalkan agama? Jika memang halal, apakah benar dalam mencari dan menjalankannya? Tanyakan selalu hal ini. Kecurangan dalam mencari nafkah, entah itu rasuah atau culas (waktu, wang), memanipulasi keputusan, praktik mark up, dsb akan membuat rezeki kita tidak berkat. Mungkin wang kita dapat, namun berkat dari wang tersebut telah hilang. Apa ciri rezeki yang tidak berkat? Mudah habis untuk hal sia-sia, tidak membawa ketenangan, susah dipakai untuk taat kepada Allah serta membawa penyakit. Bila kita terlanjur melakukannya, segera bertaubat dan kembalikan harta tersebut kepada yang berhak menerimanya.

Keempat, pekerjaan yang melalaikan kita dari mengingat Allah. Bertanyalah, apakah aktiviti kita selama ini membuat hubungan kita dengan Allah makin menjauh? Terlalu sibuk bekerja sehingga lupa solat, lupa membaca Alquran, lupa mendidik keluarga, adalah contoh-contoh pekerjaan kita tidak berkat. Jika sudah demikian, jangan heran bila rezeki kita akan terhalang. Jadinya semua pekerjaan harus membuat kita semakin dekat dengan Allah. Sibuk tu boleh, namun jangan sampai hak-hak Allah kita abaikan. Saudara SSS semua, bencana sesungguhnya bukanlah bencana alam yang menimpa orang lain. Bencana sesungguhnya adalah saat kita semakin jauh dari Allah.

Kelima, enggan bersedekah. Siapapun yang kedekut, nescaya hidupnya akan sempit, rezekinya kurang. Sebaliknya, sedekah adalah penolak bala, penyubur kebaikan serta pelipat ganda rezeki. Sedekah bagaikan sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat (QS Al Baqarah [2]: 261). Tidakkah kita tertarik dengan janji Allah ini? Maka pastikan, tiada hari tanpa sedekah, tiada hari tanpa kebaikan. Insya Allah, Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezeki-Nya untuk kita. Amin. Elakkan juga mengharapkan orang lain sahaja bersedekah kepada kita, cuba UBAH mulai sekarang untuk kita ringan untuk memberi sedekah kepada orang lain.

Sumber : http://hasmania-abas.blogspot.com


KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.
Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri/suami. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Sunday, February 8, 2015

Kpop Fever...

Salam kpop kepada semua sahabat SSS..

Wah.. tiba2 kpop pulak nih.. ahaks!! Lama dah nak up blog ni pasal Kpop ni.. tapi tula.. makin lama makin panas Fan of Kpop ni.. SSS pun salah sorang peminat Kpop ni.. wah statement tak bley blaaa... Actually bukan la Fanatik sangat semua hal2 Kpop ni, SSS hanya fanatik bab Korean Drama jek.. Kdrama katanya... lain-lain tu tak berapa la sangat... Layan drama2 korea ni, boleh release jugak stress.. hahhahaha sebab boleh perasan cun mcm aweks-aweks korea ni.... kihkihkih...

Okey2.. straight to the point, SSS nak lontarkan sikit pendapat la tentang malaysian yang giler dok meng'kpop' nih.. sampai ada akak2 tu siap kene peluk2 sweet atas stage tu kan... mmg aje giler la diorg nih.. SSS pun layan Kpop ni tapi taklah terencat akal sgt cenggitu... sian mak ayah diorg.. ape2 pun kene la back to basic.. tak payah nak fanatik sangat lupa yg kita ni asal mana... sampai lupa yg korang ni makan belacan, bukan makan kimchi hari2.. hahhahhaa.. okey2.. ape2 pun SSS nak peringat diri sendiri jugak.. asyik ngata orang lain, kene juga ingatkan diri sendiri.. 

Sempena SSS up blog pasal Kpop ni, SSS nak share la antara KDRAMA yang SSS layan sepanjang tahun lepas sampai skang ni.. Yang sebelum2 ni banyak dah lupa... kihkihkih....

49 DAYS
BIRTH OF A BEAUTY

BLADE MAN (IRON MAN)

BRIDE OF THE CENTURY

DREAM HIGH SEASON 2

DREAM HIGH

EMERGENCY COUPLE

FAITH

FATED TO LOVE YOU

HIGH SCHOOL LOVE ON

HOTEL KING

I HEAR YOUR VOICE

MY LOVABLE GIRL

MY LOVE FROM THE STAR

NINE TIMES TRAVEL NINE TIMES

ONE WELL-RAISED DAUGHTER

PINOCCHIO

PLAYFUL KISS

QUEEN IN-HYUNS MAN

SURPLUS PRINCESS

THE MASTERS SUN

THE HEIRS

WHO ARE YOU

CUNNING SINGLE LADY --> Ni Kdrama yang SSS tengah layan.. huhuhu...






Wanita Syurga



Salam sahabat SSS.. rasanya dah lama betul tak update blog ni.. sesuai dengan nama blog SSS ni kan.. hahhahaa... ok hari ni mcm nak up 'something'...untuk wanita2 yang bekerja.. dan sudah pasti telah mendapat keizinan untuk keluar bekerja sekaligus dengan niat membantu Sang Suami.. Tapi... sejauh mana yer kita2 ni datang opis dan menjaga batasan2 sebagai seorang ISTERI.. Ini peringatan untuk SSS juga... kepada sahabat2 SSS yang bergelar wanita, berundur la jika terlajak... 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita penyumbang sumber tenaga manusia yang besar dalam pembangunan negara. Wanita memang perlu berganding bahu dalam melaksanakan tugas, di samping tidak mengabaikan tugas asasi di rumah. Oleh itu, wanita berkerjaya harus mengetahui beberapa perkara sebelum ia memegang sebarang jawatan. Di samping itu, lelaki juga perlu memahami adab pergaulan kerana menjaga adab pergaulan lelaki dan wanita adalah tanggungjawab bersama. Tetapi sebagai wanita cerdik dan bijaksana, kita perlu melakukannya kerana kalau bukan kita yang mulakannya, siapa lagi. Kita boleh mengawal diri tetapi tidak boleh mengawal apa yang ada dalam diri orang lain. 

Oleh itu kita mulakan dengan diri kita dulu. Beberapa panduan berikut harus jelas difahami.

Niat ikhlas kerana keredaan Allah. Wanita berkerjaya harus mengikhlaskan niat dan meletakkan tumpuan mengapa dia memegang sesuatu jawatan. Ini kerana ingin mendapat keredaan Allah dengan berhubung terus dengan masyarakat dan melaluinya boleh dijadikan 'role model' seorang Muslimah sejati.

Isteri dihormati. Wanita berkerjaya harus sentiasa menjaga akhlaknya sebagai seorang isteri setia dan berperibadi tinggi. Jangan sekali-kali mengkhianati keizinan suami untuk melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah. Perlu diingat bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kuasa untuk mengatakan tidak berada di tangan wanita itu. Jika berlaku gejala gangguan seksual, banyak cara dan saluran yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.

Ibu yang dimuliakan.
Wanita berkerjaya yang mempunyai anak, tentunya tahu apa itu perasaan kasihan belas, sifat timbang rasa, pemaaf dan berhikmah apabila berbicara. Sebaik mungkin sifat keibuan ini jelas terpancar dalam tindak tanduk berurusan sama ada dengan rakan setugas, orang bawahan mahupun orang luar pejabat. Dengan itu akan timbul rasa hormat dan jika ini berlaku, pekerja bawahan terutamanya akan senang untuk melakukan tugas secara suka dan rela tanpa perlu dipaksa dan diarah-arah. Pendek kata, jadilah ibu yang boleh dijadikan contoh dalam hal pendidikan, pembentukan akhlak dan tempat rujukan dalam hal menangani masalah berkaitan dengan anak-anak.

Kerjaya bukan jalan keluar mengatasi kebosanan. Malang jika wanita berkerjaya beranggapan bahawa dia bekerja untuk mengelak atau melarikan diri daripada tugas suri rumah yang dianggapnya membosankan.

Kedudukan di sesuatu tempat kerja adalah aset. Wanita yang mempunyai kedudukan dalam organisasinya perlu sedar bahawa dia memang boleh diharap dan mempunyai mutu kerja tinggi. Ini bermakna organisasinya akan kehilangan seseorang yang berharga jika dia tiada.



Perlu ada suasana nasihat menasihati. Masyarakat seharusnya memberi perhatian dan perlu memberi kata-kata nasihat. Oleh itu, wanita perlu ada rakan wanita lain yang ikhlas nasihat-menasihati.

Jagalah sepenuhnya agar tidak berada dalam suasana yang menyebabkan fitnah iaitu menimbulkan curiga. Kadang kala wanita lain agak cemburu dan selalu suka menjatuhkan di antara satu sama lain. Paling tidak, ada yang suka melihat perkara sumbang ini berlaku dan menjadikan rakan sebagai bahan bualan. Kita harus menjauhi wanita yang tidak boleh dibuat kawan seperti ini


Wujudkan persekitaran komunikasi yang baik dalam rumah tangga. Peranan suami juga tidak kurang pentingnya. Suami memang sibuk dengan urusannya. Adakah suami wanita berkerjaya mengambil berat dan suka mendengar luahan rasa hati isteri? Oleh itu, komunikasi rumah tangga menjadi keutamaan. Suami isteri harus dapat menyelami sanubari masing-masing tanpa perlu mencurahkannya kepada orang lain, apatah lagi suami atau isteri orang. Suami isteri kenalah semarakkan semula api cinta yang terbenam dalam sekam dimamah usia perkahwinan. Jadilah teman berbicara dan telinga yang mendengar untuk pasangan masing-masing.


Perkara di atas jika dapat dihayati oleh wanita dwikerjaya, maka Allah akan memberi keredaan kepadanya.


Sumber : http://fahmiesabri.blogspot.com/2011/01/batas-pergaulan-lelaki-wanita-ketika.html



Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com