Saturday, August 1, 2015

Bermaafan di bulan Syawal?

Assalamualaikum wbt sahabat2 SSS semua...

SALAM AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Lama sudah SSS tak update blog ni.. nama blog pun nak memang sunyi sepi.. siap ada sawang-sawang gitu... maka di kesempatan raya ini.. ada dalam masa 5 minit yang terluang ini, SSS nak share something about KEMAAFAN DI BULAN SYAWAL....

Hukumnya memohon ampun dan maaf.. WAJIB.. bukan kepada atau melalui orang lain tetapi mesti memohon maaf kepada orang yang kita berbuat salah.. jika tidak? Apakah?

Terus terang SSS nak nyatakan di sini... tahun bersilih ganti.. ada juga insan2 yang masih belum menyedari kesilapan yang dilakukan.. kebanyakan kesalahan di belakang tabir... kalau depan2 memang takkan buat salah la kononnya.. pijak semut pun tak mati... kat belakang kita, amboi makkkk... berkoyan2 pahala orang yang di'gosip'kan... Kebiasannya manusia ni suka memohon maaf apabila dalam keadaan terdesak.. samada org yang buat salah tu dah nazak ataupun org yang disakiti itu dah nak nazak... normal laaaa kannn.. time sihat semua lupa... ataupun lagi biasa apabila nak menyambut Syawal... itu la time yang sellau orang nak mohon kemaafan... samada ikhlas ataupun berpura2 mohon kemaafan sbbnya kawan2 lain pun mohon maaf... kita pun ikut jugak...

so hari ni.. SSS nak kasi terang sikit tentang hukum2 memohon kemaafan ni...

Seperti biasa kalau menjawab masalah-masalah agama, saya akan merujuk kepada ulama-ulama yang ahli dibidangnya. Salah satunya adalah pendapat dari Shaikh Dr. ‘Abd Al Haadi ‘Abd Al Latiif As Saaleh salah seorang panel website syaikh ‘Abdullah Al Fawzaan. Apa kata beliau?
Memberi maaf kepada orang yang bersalah dan memperbaiki hubungan di antara golongan yang bermusuhan adalah perbuatan yang didorong oleh sharak. Allah telah menjanjikan pahala bagi pelakunya. Bagi orang yang telah melakukan kesalahan pada orang lain maka hendaklah dia meminta keridhaan dan kemaafan daripada orang tersebut. Adapun menganggap memohon maaf pada setiap ujung Ramadhan sebagai suatu kewajiban dan beri’tiqaad bahwa terdapat fadhilat kalau melakukannya, maka itu adalah lebih dekat kepada bid’ah.
Jadi Shaihk tersebut menyarankan supaya jangan menjadikan ucapan mohon maaf di awal bulan Syawal menjadi suatu kewajiban, yang apabila tidak dilakukan menjadi berdosa.

SSS yakin, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meminta maaf. Tak kiralah minta maaf kepada kekasih, kawan, suami/isteri, ibu-bapa, adik-beradik, atau sesiapa sajalah... Mungkin cara yang paling mudah untuk meminta maaf adalah dengan hanya menghantar SMS. Kalau nak cara yang lebih 'gentle' sikit, adalah dengan bersemuka 'face to face' dan cakap 'direct' saja nak minta maaf. Tapi kalau nak minta maaf dan mengakui kesalahan dengan cara 'direct' nih, tentu kita akan rasa malukan?

Oklah, di bawah ini, saya senaraikan beberapa tips yang berguna untuk sesiapa yang agak sukar untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan.
Langkah-langkah:
1. Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.
2. Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.
3. Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya.
4. Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
5. Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
6. Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia.
7. Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.
8. Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.
9. Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.

Panduan-panduan:

* Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
* Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.
* Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.

Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Kesalahan, kekhilafan adalah fitrah yang melekat pada diri manusia.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT".
Ini bererti bahwa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).

Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (QS. Al-Imran: 133-134).

Maka.... mohon maaflah penuh keikhlasan... dan jangan persendakan kemaafan yang telah orang lain pohon daripada kita.. Elakkan menambah dosa setelah dosa baru saja dihapuskan....

SSS DENGAN RENDAH HATI MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA SAHABAT SSS DAN JUGA KEPADA PEMBACA-PEMBACA BLOG SSS INI... SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN...


Wednesday, February 11, 2015

Terhalangnya pintu rezeki kerana.....

Allah adalah Zat Pemberi Rezeki. Tidak ada setitis pun air yang masuk ke mulut kita kecuali atas izin-Nya. Oleh itu, jika Allah SWT sampai menahan rezeki kita, pasti ada sesuatu yang salah yang kita lakukan. Setidak-tidaknya ada lima perkara yang menghalangi aliran rezeki.

Ada dikalangan kita yang selalu tertanya-tanya “Mengapa susah memperolehi rezeki, padahal sudah mati-matian mencarinya?” “Mengapa yer saya gagal terus dalam perniagaan?” “Mengapa hati saya tak pernah tenang?” 

Ada banyak penyebab, mungkin cara mencarinya yang kurang kena, kurang serius mengusahakannya, atau ada keadaan atau situasi yang menyebabkan Allah "menahan” rezeki yang bersangkutan. Poin terakhir inilah yang akan kita bahas. Mengapa aliran rezeki kita tersumbat? Apakah penyebabnya?

Pertama, tahap tawakkal di hati. Dengan kata lain, kita berharap dan menggantungkan diri kepada selain Allah. Kita berusaha, namun usaha yang kita lakukan tidak dikaitkan dengan-Nya. Padahal Allah itu mengikut prasangka hamba-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukan-lah yang akan ia terima. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Demikian janji Allah dalam QS Ath Thalaaq [63] ayat 3.
 
Kedua, dosa dan maksiat yang kita lakukan. Dosa adalah penghalang datangnya rezeki. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan oleh perbuatan dosanya.” (HR Ahmad). Saudaraku, bila dosa menghalang aliran rezeki, maka taubat akan pembukanya. Kebiasaannya kita ni tak perasan pun dosa dan maksiat yang kita lakukan. Tambahan seorang wanita a.k.a isteri yang bekerja, cuba renung-renungkan sejenak: WASSAP @ TELEGRAM @ WECHAT atau ape2 lagi applikasi handphone canggih sekarang ni.. Dalam sesuatu group tu ada campuran lelaki dan wanita yang bukan muhrim, berbual lama2..ckp merapu2... lagi maha dahsyat pulak siap mengumpat orang sana sini.. Allahuakhbar.... mintak dijauhkan dan peringatan untuk SSS juga. Kalau bukan group tu campur jantina pun, sama jantina pun boleh jadi penyebab juga sebab aktiviti atau perbualan yang bualkan tu lebih kepada arah yang NEGATIF.. Astaghfirullah...

Ketiga, maksiat saat mencari nafkah. Apakah pekerjaan kita dihalalkan agama? Jika memang halal, apakah benar dalam mencari dan menjalankannya? Tanyakan selalu hal ini. Kecurangan dalam mencari nafkah, entah itu rasuah atau culas (waktu, wang), memanipulasi keputusan, praktik mark up, dsb akan membuat rezeki kita tidak berkat. Mungkin wang kita dapat, namun berkat dari wang tersebut telah hilang. Apa ciri rezeki yang tidak berkat? Mudah habis untuk hal sia-sia, tidak membawa ketenangan, susah dipakai untuk taat kepada Allah serta membawa penyakit. Bila kita terlanjur melakukannya, segera bertaubat dan kembalikan harta tersebut kepada yang berhak menerimanya.

Keempat, pekerjaan yang melalaikan kita dari mengingat Allah. Bertanyalah, apakah aktiviti kita selama ini membuat hubungan kita dengan Allah makin menjauh? Terlalu sibuk bekerja sehingga lupa solat, lupa membaca Alquran, lupa mendidik keluarga, adalah contoh-contoh pekerjaan kita tidak berkat. Jika sudah demikian, jangan heran bila rezeki kita akan terhalang. Jadinya semua pekerjaan harus membuat kita semakin dekat dengan Allah. Sibuk tu boleh, namun jangan sampai hak-hak Allah kita abaikan. Saudara SSS semua, bencana sesungguhnya bukanlah bencana alam yang menimpa orang lain. Bencana sesungguhnya adalah saat kita semakin jauh dari Allah.

Kelima, enggan bersedekah. Siapapun yang kedekut, nescaya hidupnya akan sempit, rezekinya kurang. Sebaliknya, sedekah adalah penolak bala, penyubur kebaikan serta pelipat ganda rezeki. Sedekah bagaikan sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat (QS Al Baqarah [2]: 261). Tidakkah kita tertarik dengan janji Allah ini? Maka pastikan, tiada hari tanpa sedekah, tiada hari tanpa kebaikan. Insya Allah, Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezeki-Nya untuk kita. Amin. Elakkan juga mengharapkan orang lain sahaja bersedekah kepada kita, cuba UBAH mulai sekarang untuk kita ringan untuk memberi sedekah kepada orang lain.

Sumber : http://hasmania-abas.blogspot.com


KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.
Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri/suami. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Sunday, February 8, 2015

Kpop Fever...

Salam kpop kepada semua sahabat SSS..

Wah.. tiba2 kpop pulak nih.. ahaks!! Lama dah nak up blog ni pasal Kpop ni.. tapi tula.. makin lama makin panas Fan of Kpop ni.. SSS pun salah sorang peminat Kpop ni.. wah statement tak bley blaaa... Actually bukan la Fanatik sangat semua hal2 Kpop ni, SSS hanya fanatik bab Korean Drama jek.. Kdrama katanya... lain-lain tu tak berapa la sangat... Layan drama2 korea ni, boleh release jugak stress.. hahhahaha sebab boleh perasan cun mcm aweks-aweks korea ni.... kihkihkih...

Okey2.. straight to the point, SSS nak lontarkan sikit pendapat la tentang malaysian yang giler dok meng'kpop' nih.. sampai ada akak2 tu siap kene peluk2 sweet atas stage tu kan... mmg aje giler la diorg nih.. SSS pun layan Kpop ni tapi taklah terencat akal sgt cenggitu... sian mak ayah diorg.. ape2 pun kene la back to basic.. tak payah nak fanatik sangat lupa yg kita ni asal mana... sampai lupa yg korang ni makan belacan, bukan makan kimchi hari2.. hahhahhaa.. okey2.. ape2 pun SSS nak peringat diri sendiri jugak.. asyik ngata orang lain, kene juga ingatkan diri sendiri.. 

Sempena SSS up blog pasal Kpop ni, SSS nak share la antara KDRAMA yang SSS layan sepanjang tahun lepas sampai skang ni.. Yang sebelum2 ni banyak dah lupa... kihkihkih....

49 DAYS
BIRTH OF A BEAUTY

BLADE MAN (IRON MAN)

BRIDE OF THE CENTURY

DREAM HIGH SEASON 2

DREAM HIGH

EMERGENCY COUPLE

FAITH

FATED TO LOVE YOU

HIGH SCHOOL LOVE ON

HOTEL KING

I HEAR YOUR VOICE

MY LOVABLE GIRL

MY LOVE FROM THE STAR

NINE TIMES TRAVEL NINE TIMES

ONE WELL-RAISED DAUGHTER

PINOCCHIO

PLAYFUL KISS

QUEEN IN-HYUNS MAN

SURPLUS PRINCESS

THE MASTERS SUN

THE HEIRS

WHO ARE YOU

CUNNING SINGLE LADY --> Ni Kdrama yang SSS tengah layan.. huhuhu...






Wanita Syurga



Salam sahabat SSS.. rasanya dah lama betul tak update blog ni.. sesuai dengan nama blog SSS ni kan.. hahhahaa... ok hari ni mcm nak up 'something'...untuk wanita2 yang bekerja.. dan sudah pasti telah mendapat keizinan untuk keluar bekerja sekaligus dengan niat membantu Sang Suami.. Tapi... sejauh mana yer kita2 ni datang opis dan menjaga batasan2 sebagai seorang ISTERI.. Ini peringatan untuk SSS juga... kepada sahabat2 SSS yang bergelar wanita, berundur la jika terlajak... 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita penyumbang sumber tenaga manusia yang besar dalam pembangunan negara. Wanita memang perlu berganding bahu dalam melaksanakan tugas, di samping tidak mengabaikan tugas asasi di rumah. Oleh itu, wanita berkerjaya harus mengetahui beberapa perkara sebelum ia memegang sebarang jawatan. Di samping itu, lelaki juga perlu memahami adab pergaulan kerana menjaga adab pergaulan lelaki dan wanita adalah tanggungjawab bersama. Tetapi sebagai wanita cerdik dan bijaksana, kita perlu melakukannya kerana kalau bukan kita yang mulakannya, siapa lagi. Kita boleh mengawal diri tetapi tidak boleh mengawal apa yang ada dalam diri orang lain. 

Oleh itu kita mulakan dengan diri kita dulu. Beberapa panduan berikut harus jelas difahami.

Niat ikhlas kerana keredaan Allah. Wanita berkerjaya harus mengikhlaskan niat dan meletakkan tumpuan mengapa dia memegang sesuatu jawatan. Ini kerana ingin mendapat keredaan Allah dengan berhubung terus dengan masyarakat dan melaluinya boleh dijadikan 'role model' seorang Muslimah sejati.

Isteri dihormati. Wanita berkerjaya harus sentiasa menjaga akhlaknya sebagai seorang isteri setia dan berperibadi tinggi. Jangan sekali-kali mengkhianati keizinan suami untuk melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah. Perlu diingat bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kuasa untuk mengatakan tidak berada di tangan wanita itu. Jika berlaku gejala gangguan seksual, banyak cara dan saluran yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.

Ibu yang dimuliakan.
Wanita berkerjaya yang mempunyai anak, tentunya tahu apa itu perasaan kasihan belas, sifat timbang rasa, pemaaf dan berhikmah apabila berbicara. Sebaik mungkin sifat keibuan ini jelas terpancar dalam tindak tanduk berurusan sama ada dengan rakan setugas, orang bawahan mahupun orang luar pejabat. Dengan itu akan timbul rasa hormat dan jika ini berlaku, pekerja bawahan terutamanya akan senang untuk melakukan tugas secara suka dan rela tanpa perlu dipaksa dan diarah-arah. Pendek kata, jadilah ibu yang boleh dijadikan contoh dalam hal pendidikan, pembentukan akhlak dan tempat rujukan dalam hal menangani masalah berkaitan dengan anak-anak.

Kerjaya bukan jalan keluar mengatasi kebosanan. Malang jika wanita berkerjaya beranggapan bahawa dia bekerja untuk mengelak atau melarikan diri daripada tugas suri rumah yang dianggapnya membosankan.

Kedudukan di sesuatu tempat kerja adalah aset. Wanita yang mempunyai kedudukan dalam organisasinya perlu sedar bahawa dia memang boleh diharap dan mempunyai mutu kerja tinggi. Ini bermakna organisasinya akan kehilangan seseorang yang berharga jika dia tiada.



Perlu ada suasana nasihat menasihati. Masyarakat seharusnya memberi perhatian dan perlu memberi kata-kata nasihat. Oleh itu, wanita perlu ada rakan wanita lain yang ikhlas nasihat-menasihati.

Jagalah sepenuhnya agar tidak berada dalam suasana yang menyebabkan fitnah iaitu menimbulkan curiga. Kadang kala wanita lain agak cemburu dan selalu suka menjatuhkan di antara satu sama lain. Paling tidak, ada yang suka melihat perkara sumbang ini berlaku dan menjadikan rakan sebagai bahan bualan. Kita harus menjauhi wanita yang tidak boleh dibuat kawan seperti ini


Wujudkan persekitaran komunikasi yang baik dalam rumah tangga. Peranan suami juga tidak kurang pentingnya. Suami memang sibuk dengan urusannya. Adakah suami wanita berkerjaya mengambil berat dan suka mendengar luahan rasa hati isteri? Oleh itu, komunikasi rumah tangga menjadi keutamaan. Suami isteri harus dapat menyelami sanubari masing-masing tanpa perlu mencurahkannya kepada orang lain, apatah lagi suami atau isteri orang. Suami isteri kenalah semarakkan semula api cinta yang terbenam dalam sekam dimamah usia perkahwinan. Jadilah teman berbicara dan telinga yang mendengar untuk pasangan masing-masing.


Perkara di atas jika dapat dihayati oleh wanita dwikerjaya, maka Allah akan memberi keredaan kepadanya.


Sumber : http://fahmiesabri.blogspot.com/2011/01/batas-pergaulan-lelaki-wanita-ketika.html



Saturday, January 24, 2015

Bila Hati Ini Dilukai...

Semalaman
Terkenangkan diri mu
Mengalir airmata ku
Membasahi pipi
Mengapa kau
Sanggup meninggalkan diri ku
Sedangkan kau tahu
Perasaan ini

* :
Kau berjanji
Akulah kekasih mu
Sanggup ku singkirkan semua cinta yang lalu
Tidak ku duga ini akan terjadi
Kata perpisahan yang kau pinta

** :
Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian
Tak ingin ku mengenangkan
Kisah lama
Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai

Monday, September 15, 2014

Be good...

Ayuh...kita hargai diri kita sebagai seorang pekerja dengan sentiasa:- 



  • Niat bekerja kerana Allah swt. Ini menjadikan kita lebih tenang walaupun tidak/kurang mendapat penghargaan dari pekerja lain/majikan/sesiapa pun.
  • Menjalankan tugas mengikut landasan yang diredhai Allah swt. Ini menjadikan diri kita sentiasa berjaga-jaga dengan kemurkaan Allah swt di mana juga kita berada walaupun tanpa dilihat/diketahui oleh pekerja lain/majikan/orang lain.
  • Konsisten berusaha menyerlahkan akhlak Rasulullah saw dalam pekerjaan kita melalui sifat benar (siddiq), amanah (al-amin), bijaksana(fatonah) dan menyampaikan/ melaksanakan tugas (tabligh). Dalam istilah moden, sifat-sifat ini mungkin dikenali sebagai integriti, akauntabiliti, karisma, kreatif, deliverable dan inovatif.  Ini menjadikan kita sentiasa ada contoh teladan yang tepat dalam mengimbangi tugas pekerja, suami/isteri, ibubapa, anak dan yang paling penting tugas sebagai hamba Allah swt. Empat sifat utama Rasullullah saw ini sentiasa menjadi idaman setiap orang yang ingin cemerlang sepanjang zaman (iaitu di dunia dan akhirat). 
  • Memberi sebahagian hasil pendapatan kepada yang hak. Ini menjadikan kita lebih mengharap penghargaan Allah swt dalam menjalankan tugas kerana semua yang ada di dunia ini adalah milik mutlak Allah swt.
  • Monday, September 8, 2014

    Astaghfirullah.... Nauzubillah...

    Nabi saw (ber)kata di antara sahabat, "Siapa di antara kamu orang muflis?" أتدرون من المفلس Nabi kata, "Kamu tahu apa itu muflis?" Sahabat kata "Muflis ini orang yang tiada harta, yang hutang banyak, duit untuk bayar takde, itu muflis". Nabi kata, إن المفلس من أمتي orang muflis dalam kalangan umat aku ini يأتي يوم القيامة mereka datang pada hari kiamat bawa amalan dia, solat ada, puasa ada, zakat ada, tapi, mulut dia juga telah maki orang perli orang telah ambil harta orang telah memukul orang, apa jadi (kepada orang sebegini)? Maka akan diambil kebajikannya diberi kepada orang yang difitnahnya tadi, orang yang dia zalim tadi. Kalau habis pahala orang tadi, akan diambil dosa dan dicampak ke atas kepala. ثم طرح في النار kemudian akan dicampak ke dalam neraka. 

    Ini pesanan oleh Nabi yang begitu besar kepada kita. Tidak kira apa jenis kita ini, blogger ke, baru-baru nak belajar menulis ke, ahli-ahli facebook ke, wartawan ke, pembaca berita tak kira tv apa, semua kamu ingat, apa yang kamu kata, apa yang kamu tulis, kamu ingat main-main, "saya cuma baca skrip", وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا kamu ingat benda itu main-main, وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬ tapi, ia besar di sisi Allah.

    Kamu nak jadi orang muflis di akhirat? Dengan permainan-permainan alat-alat moden yang ada hari ini, duk reka cerita, ambil gambar orang, potong sana potong sini, akhir sekali keluar fitnah.

    Kamu ingat orang (yang) kena fitnah ini boleh tidur malam? Kamu ingat orang (yang) kena fitnah berdiam diri begitu sahaja? لا (tidak)

    Orang (yang kena) fitnah, orang yang kena zalim, doa orang yang kena zalim ini mustajab.

    Allah swt sebut لأنصرنّك ولو بعد حين (ertinya) "Aku akan memberi pertolongan, walaupun selepas beberapa ketika". Hari ini kita lihat, tidak kira orang hidup ataupun orang mati, semua tak selamat. Orang mati pun tidak selamat. Apabila ada tokoh ulama mati, semua orang mengeluarkan kenyataan, statement yang begitu dasyat. Tulis macam-macam kepada orang ini.

    Kita kena ingat, kita boleh keluarkan pandangan mereka yang bercanggah daripada kebenaran tapi jangan mencerca mereka.

    (Sumber : http://sebarislam.blogspot.com)

    ******************************************************

    HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

    Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati. Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

    Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu. Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.

    Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

    Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan dengar khabar mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

    Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

    Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

    Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

    (Sumber : http://alfatehdarwisya.blogspot.com)

    **********************************************************

    Saya tidak layak memaafkan kamu wahai si pembuat fitnah ke atas diriku.. Mohon la keampunan daripada Allah SWT. Semoga Allah memberikan hidayah ke atas kamu untuk kembali ke jalan yang benar. Aminnnn..


    Monday, May 26, 2014

    26 Pesanan Buat Suami





    Pesanan Buat Suami
    -Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

    1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


    2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

    3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

    4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

    5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

    6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

    7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

    8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

    9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

    10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

    11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

    12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

    13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

    14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

    15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

    16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

    17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

    18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

    19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

    20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

    21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

    22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

    23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

    Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

    Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com