Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Selamat hari lahir... Almarhum Ayah...

01 November 1946 : SELAMAT HARI LAHIR kepada almarhum ayahku. Walaupun ayah sudah tiada, ingatan dan kerinduan menebal ini terbit dihati ini... Seharusnya usiamu kini mencecah 67 tahun. Tetapi aku redha kerana kasih sayang Allah terhadap dirimu ayah adalah melebihi segalanya termasuk juga melebihi kasih sayangku terhadap mu wahai ayah. Aku redha... Hanya hadiah Al-Fatihah sahaja buatmu wahai ayah... Al-fatihah.. Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin....

              

                                    

SSS : sangat2 rindu pada almarhum ayah... Kepada yang masih mempunyai kedua org tua, sayangilah mereka sebelum mereka di tiada kerana Allah sangat2 menyayangi mereka melebihi kita.... 


Saturday, January 26, 2013

Berbahagia

Salam sahabat SSS semua,

Setiap insan di muka bumi Allah ni menginginkan kebahagiaan. Maka marilah sama-sama kita mencari bahagia dan wajib merasa bahagia.


Tapi, SSS masih ingat lagi pesanan arwah ayahanda SSS yang tercinta.

"Cuba cari kebahagiaan sendiri dengan sebenar2nya ikhlas tapi bukan dengan melihat kekecewaan orang lain. Kalau kita bahagia dan dlm masa yg sama ada org kecewa atau dalam kesusahan, lupakan jela sebabnya bahagia itu akan sekejap je. Allah Maha Adil dan Mengetahui.."

Terima kasih ayah. SSS merindui ayah.. alfatihah..

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com