Friday, November 1, 2013

Selamat hari lahir... Almarhum Ayah...

01 November 1946 : SELAMAT HARI LAHIR kepada almarhum ayahku. Walaupun ayah sudah tiada, ingatan dan kerinduan menebal ini terbit dihati ini... Seharusnya usiamu kini mencecah 67 tahun. Tetapi aku redha kerana kasih sayang Allah terhadap dirimu ayah adalah melebihi segalanya termasuk juga melebihi kasih sayangku terhadap mu wahai ayah. Aku redha... Hanya hadiah Al-Fatihah sahaja buatmu wahai ayah... Al-fatihah.. Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin....

              

                                    

SSS : sangat2 rindu pada almarhum ayah... Kepada yang masih mempunyai kedua org tua, sayangilah mereka sebelum mereka di tiada kerana Allah sangat2 menyayangi mereka melebihi kita.... 


Saturday, July 27, 2013

Perlu ke amik tau??

Salam blogger,

Sudah agak lama jugak SSS tak update blog ni.. Nak kata bz mcm poyo je tapi senang maksud prosa kata, MALAS. Atau prosa kata sopan skit, tiada kesempatan masa yg mencukupi. Ye ke??

Ape yerk, di malam2 bulan ramadan ni.. Selepas menunaikan perkara2 sunat.. SSS teringat sesuatu yang agak kurang best la.. Tu yang post title tu jadi cenggitu.. Perlu ke amik tauuuuu?? Actually SSS dh tau jawapannya, tak perlu pun.. Hal dah berlalu bertahun yg lps.. Dengan rasa keinginan yang mendalam, cewahhhh... SSS nak tau jugak ada 1 spesis burung ni.. Masa SSS tau hal burung ni, actaully benda yg x baik sampai kat telinga ni, SSS ignore je.. Mlm ni ntah cane terasa nak tau pulak, so dok la tanya pakcik google ni... So hasilnya --> http://id.wikipedia.org/wiki/Hering  (kalau nak tau, google la jgk yer)

Bila baca, mashaAllah.. Related ?? Rasional? Ermmm.... Allah je yg tau.. Hati ni rasa nak malatoppp!! Ya pasti, 
dalam hati ni terus berdoa "Ya Allah, Kau berikan hidayah dan cahaya keinsafan pada dia, ko berikanlah balasan 
yang setimpal dengan apa yg dia dah lakukan dibelakang hambamu ini.. Aminnn" 

TITIK!! Aku maafkan kamu sempena BULAN RAMADAN AL MUBARAK ini. 
Yelah, aku faham, Mungkin nak bergurau tapi tak tau batasan hati dan natijahnya... 

Ini sekadar luahan SSS... Kalau ada yg x faham...cuba tanya semula, PERLU KE AMIK TAU?? Hahahhaaa... 

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com