Sunday, December 30, 2012

Mirror Mirror Mirror

Salam blogger,

Hari ini, semua dipendekkan ceritakan:


Tengok diri sendiri dalam cermin:

Persoalan : Baik sangat ke kita ni sampai boleh dok bercerita hal orang lain punya cacat cela? 

Jawapan : Memang tak baik mana pun, saja dok tambah dosa yang sedia ada. 

******************

Persoalan : Baik sangat orang pun kita nak pertikai?

Jawapan : At least dia baik la daripada kita ni. Yang diri sendiri ni bila nak berubah jadi lebih baik? (Lu pikir la sendiri)

******************

Persoalan : Betul ke dia dah berubah jadi lebih baik daripada sebelum ni?

Jawapan :  Ntah la yer.. dah la tu.. hanya Allah dan dia tu je la yang tau.. tak payah la dok tanya betul ke dia dah berubah. CUBA LA TANYA DIRI SENDIRI SAMADA KITA NI DAH BERUBAH JADI LEBIH BAIK ATAU TAK. 

******************

Moral : BUANG SEMUA PERKARA NEGATIF UNTUK CAPAI PERKARA2 YANG POSITIF UNTUK TAHUN 2013. (Ni azam ke moral ntah.. sendiri pikir juga laa..heheheh)

Sekadar Peringatan Untuk :


Friday, December 14, 2012

Sweet 15122007


Acewahhhh!!!
Genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Tarikh keramat 15 Disember 2007 adalah tarikh pernikahan SSS dan Hubby yang telah disempurnakan oleh arwah ayahanda SSS sendiri. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang telah memanjangkan jodoh kami berdua dengan dikurniakan seorang anak lelaki, siapa lagi kalau bukan Muhammad Alif Imtiyaz. Jom SSS nak bawa blogger semua mengimbas kembali kenangan semasa Majlis Pernikahan SSS dan hubby. Wah.. sikit-sikit jela yer.. malu plk....hahahaha.



Masa ni berdua.. hihihihi
Sayang.. i love you so much!! Thanx for being my hubby in my life.. Terima kasih sebab banyak bersabar dengan kerenah SSS yang macam2 dari mula kita kenal sehinggalah ke hari ini. Aminnn. ;)
Jangan pernah serik tau.. Kamu yang terbaik untukku..
Now.. sudah bertiga.. Alhamdulillah.

Tuesday, December 4, 2012

Syukur ke hadrat mu Ya Ilahi

Berbangga dengan prestasi Imtiyaz. Semoga kejayaan Imtiyaz akan terus membara.

Semalam bersamaan 03.12.2012, SSS balik dari keje agak lewat sbb ada urusan di Melaka. Tiba di rumah, terus Imtiyaz excited dan suruh SSS tutup mata. Katanya ada SURPRISE!! Wah teruja betul ni. Apelah agaknya yang membuatkan Imtiyaz tersangatlah hepi ni? So ape yek? Jom tengok sama-sama... Hihihihi..

Tadaaa!! I love u so much Imtiyaz!! Congratulation!! Proud of You my son! Top 3 and got 2nd place in final exam. Baru sekolah tadika.. Tapi exam macam sekolah menengah.. Budak zaman sekarang.

Mood : KAGUM!!



Sunday, December 2, 2012

Ini kerana... Singapore Part 1

Salam sahabat SSS,
Apa khabar? Hehee.. Ayat skema dan macam biasa la. N3 kali ni SSS nak share skit mengenai pasport SSS. Bukan ape, citernye hanya nak renew pasport jek yang bertangguh2. Semua pasport SSS sefamili dah tamat bulan 3 dan 4 tahun 2012 yang lalu, mmg hajat dihati tu nak renew seawal mungkin tapi.... Hehee..mcm tak kuase je sbb takde sebab yang musabab sangat. Dalam fikiran, nak pi mana eh tahun ni? Hahahahaa... Niat ada nak jenjalan ke obersi tu tapi mcm nanti2lah sehingga Kakak SSS ajak ke Legoland (tak jadi jugak), timbullah kat kepala ni, daripada pegi Legoland yang tak siap habis lagi, baiklah pegi Singapore tapi Universal Studios (USS) je la.. Hihihi.. So naiklah tanduk yg tajam, mengajak famili kakak, abang dan ibu SSS. Kiranya nak family trip (gathering). Oklah tu..
Makanya, sebelum ke USS walaupun sehari, kene jugak la renew dan bersebab la SSS akhirnya memperbaharui pasport SSS sekuarge. ;)))) manyak suke maaaa... So SSS plan date & day with hubby untuk pegi Imegresen Melaka di Wisma Negeri Melaka pada hari Khamis bersamaan 1 Nov 2012.. Itu tarikh ulangtahun kelahiran Ayahanda SSS. Al-fatihah...
Masa pegi tu, mmg dalam kepala rasanya semua dah ready tapi bila sampai je, mamat imegresen tu terus cakap lebih kurang mcm ni la:
Mamat Imegresen : ye?
SSS : saya nak renew pasport.. Boleh tak arini?
Mamat Imegresen : sori ye, mesin kitorang kat sini rosak. Tak boleh nak renew. Nak cepat ke lambat? Boleh buat juga tapi semggu lagi dtg amek. Kalau nak cepat, boleh buat kat UTC. Bawak pasport lama, 2 keping gambar, ic ori dan surat beranak kalau budak2.
SSS : ok. Kalau budak tu guna ic je boleh? Sbb saya tak bawak la. Nak balik tangkak, agak jauh jugak.
Mamat Imegresen : tak boleh. Nak surat beranak.
SSS : ok. Tima kasih. (dah terfikir, tak jadilah renew sbb tak bawak surat beranak Imtiyaz dan sedeynye.. Mcm sia2 je dtg)
Dalam hati suda panas je sbb, mamat tu ckp tak pandang muka customer pun a.k.a muka ketat. Ade ke patut? Penat kot. Hhuhuh... Dah le tu, sblm SSS punya giliran, dia dok sound2 makcik pakcik dpn SSS. Geram plk tapi!! SSS ckp dgn hubby, kita amek jelah gambar dulu kat kedai gambar tingkat bawah tu, nanti senang. Setuju!! Maka kami pun pi la kedai gambar kat bawak tu, dok poyo2 amik gambar berukuran pasport..cewahhh. Nak lagi best, tak semena2 nye, abg gmbr tu tanya,
Abg gambo : Nak buat pasport ke? Rasanya mesin rosak. Tapi Boleh buat kat UTC tu.
SSS : tak boleh nak buat kat UTC jgk sbb kami x bwk surat beranak anak. (SSS buat la muka sodeh)
Abg gambo : ooo. Boleh amik Cabutan lahir kat atas ni, nanti dpt Surat beranak baru. Ckp je nak buat pasport tapi x bwk surat beranak. Nnti depa boleh bg yg baru dgn isi borang sekejap jek. Pastu bwk le ke UTC.
SSS & Hubby : eh betul ke bang?
SSS : ermmm nape pegawai imegresen tu tak bg cdgn gitu kt kami? Iskh2.. Makaseh la bang. Kalau x, balik tgkk la jawabnya. (dlm hati dah semangat balik ni.hiihi)
Lepas setel gambo, kami say tq kat abg gmbo tu, terus naik tempat pendaftaran mykad dan dlm masa yg sama, dlm hati ni dok tertanya2, macam ni org gomen keje ye. Takde langsung rasa kesian. SSS pun keje gomen jgk. Abg gambo tu yg bukan keje gomen pun boleh bg idea gitu, bukan SUSAH pung! Ok on track : hubby isi borang, dlm 10mInit je imtiyaz dah dpt surat beranak baru. Dengan girangnya, kami teruslah memecut ke UTC Melaka. Hujan renyai2 menemani kehadiran kami. Tiba ni UTC lebih kurang jam 3 ptg. Orang agak ramai, perut dah berkeroncong. Tapi...semangat ttp ada..




Bersambung nanti yer... SSS akan stori betapa simple nye nak renew pasport. Hihihihi

Friday, November 30, 2012

Donut?? Yummyyy!

Salam semua, pekabo... Lama jugak SSS tak upadate stori-mori. Nak kata bz, tapi xtau bz ape ntah. Mcm tak tentu arah. Huhuuhu.. Tapi kali ni SSS cuba jugak update mana yg ado.. Kali ni SSS nak share tentang D.O.N.U.T. Oppssss!! Bukan donut yang dot dot dot tu ye.. Ni Stori ttg kuih donut.. Hhahhaaa
Bukan pe, pagi tadi SSS pegi breakfast and this time bawak skali Imtiyaz. Sebab? SSS kene hantar Imtiyaz ke Dewan Jubli Intan Tangkak bcoz of annual concert rehearsal. So 830am baru kene ada di dwn, dgn kesempatan yang ada dlm stgh jam, SSS & hubby bawak la Si kecik ni breakfast dlu kat tempat biase. Hehehee.. Sampai2 je Imtiyaz terus order "nak kuih yang ada gula tu".. Ermmm agak dah. Kat kedai ni jelah yang ada donut best dan jugak kuih keria best. Mmg best, sama skit la mcm mak SSS buat..
Donut la kegemaran Imtiyaz.. Penah jugak dulu SSS cuba buat, jadi buat tapi hehehhee... Mcm biase, kepakaran kureng maka faham2 jelah. Yang penting Imtiyaz suke..ahaks!! Ni ada shot baek punya untuk dikongsikan..







Thursday, November 8, 2012

Imtiyaz Exam Lagi?




Imtiyaz exam lagi?

Yeahhh!! Minggu lepas Imtiyaz dah setel Flash Card Test dan minggu ini pulak bermula 5hb Nov sehingga 7hb Nov 2012, Imtiyaz Final Year Exam. Wah, SSS yang dok risau. Si kecik ni rileks je. Balik sekolah terus pulun ipad SSS.. Ape lagi, bising la si ayah tu. Kene marah la imtiyaz dengan ayahnya termasuk jugak la SSS pun kene marah..hikhikhik.. “Anak nak exam, main ipad lagi!” itu la ayat si ayah pada anaknya dan si ibu.. Hahahaa..

Tapi Imtiyaz memang sangat tekun, SSS umpan dia “Kalau tak baca buku, tak bole main ipad”. Terpaksa la buat macam tu. Kalau tak, mesti tak jalan punyalah nak membaca walaupun baru 4 tahun dan pulak tu nak exam.

SSS berdoa sangat2 keputusan Imtiyaz akan lebih cemerlang daripada MidYear Exam. Kalau boleh nak semua subjek dapat 100%.. hihihi.. cita2 kene tinggi walaupun Imtiyaz tak paham lagi ape itu EXAM & RESULT. Macam exam yang lepas, subjek juga yang sama. Ini la tarikh2 keramat untuk Imtiyaz berjuang.

Flash Card Test.
29 Nov 2012 : English
30 Nov 2012 : BM
31 Nov 2012 : Mandarin

Final Year Exam.
05 Dis 2012 : Math
06 Dis 2012 : BM & English
07 Dis 2012 : Mandarin

p/s : Ayah dan Ibu akan bawak Holiday Terbaik untuk Imtiyaz!!!


 

Doaku Bermakna Untuk Dia


“Doa itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Doa bukanlah sekadar ibadah sahaja, malah ia juga menjadi otak mahupun inti ibadah. Imam Syaukani di dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. Maka, setiap amalan tanpa doa adalah seperti pokok tanpa buahnya. Hal ini adalah kerana doa adalah inti bagi setiap amal ibadah.

Doa dapat didefinisikan sebagai permintaan atau permohonan daripada pihak yang berkedudukan rendah kepada pihak yang berkedudukan lebih tinggi. Pihak yang berkedudukan rendah yang dimaksudkan disini ialah manusia dan pihak yang berkedudukan tinggi itu adalah Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna.

Doa juga adalah manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan. Hal ini turut diperjelasakan dalam surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksud: Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”

P/s : SSS akan terus berdoa kepada DIA untuk memohon kebaikan kerana ALLAH akan terus memberi makna kepada SSS atas doa yg SSS pohon.. Amin

Monday, October 15, 2012

Kata-kata untuk diriku...

Setiap insan perlu ada kekuatan, tanpanya tiang yang dibina sekuat manapun pastinya akan rebah. Kawal kemarahanmu kerana kemarahan akan menunjukkan betapa diri kamu amat lemah sekali. Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.
Kesedihan hanya akan membuat musuh anda gembira. Dari itu bahagiakanlah hati kita yang mana membuat musuh kita berdukacita. Semangat yang berkobar-kobar adalah hiasan para waris Nabi, sedangkan kesombongan adalah virus yang menjangkiti para penzalim yang keji.
Jangan pernah rasa putus asa kerana itu adalah alasan mereka yang hanya melihat dunia ini dengan penuh masalah. Sebaliknya jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk merubah masa depan supaya ia lebih baik. Halangan atau cabaran atau masalah bukanlah penyebab besar kepada kegagalan kamu tetapi diri kamu sendiri.

Friday, August 31, 2012

Untitled

Salam sahabat..

Aidilfitri kali ini, banyak perkara2 baru yang berlaku dalam hidup SSS. Alhamdulillah, yang baik SSS sangat bersyukur dan yang kurang baik tu, SSS jadikan sempadan. Tapi ada satu je yg SSS cuba bagitau dengan diri ini --> I don't trust u anymore, bak kata pepatah Paku Dulang Paku Serpih, Dulu Kata SSS tapi Skang Dia yang lebih. Hari raya ni kan, ingat dah berubah Ytapi tak juga. Manusia ni susah nak berubah kalau kita sendiri taknak berubah. Seperti juga yang ada dalam hadis (sori SSS lupa hadis yang mana) hehee..

Tapi takpe...SSS tetap maafkan semua orang supaya SSS lebih tenang..dan SSS juga mohon MAAF jika ada terbuat salah secara sengaja atau tidak sengaja yang mengguris perasaan semua sahabat yang mengenali SSS. SSS juga manusia biasa yg mudah melakukan kesilapan. Yang penting, SSS akan terus berusaha untuk menjadi lebih positif dan neutral...hehehhehe. Insyaallah...

Wednesday, August 29, 2012

Projek BSS


Ramadhan 2012? Sudah tiba.. maka dengan ini diumumkan bahawa projek BSS akan akan bermula.. Eh silap! Dah pun bermula + selesai. Selalunya orang akan sebut BFF tapi SSS lain pulak, Projek BSS a.k.a Biskut Sarang Semut. Ahaks!! Biskut raya kegemaran SSS dari kecik sampailah skang ni.. nak cari ni kat kedai2 mmg tak jumpa laaa..kalau ada pun, kompom rasanya tak sama dengan BSS nih.

Ni conflake tidaklah digunakan utk BSS. Saje je amik pic bakul...hahahaa

Oven yang penuh nostalgia dalam kenangan....
Actually BSS ni adalah biskut tradisi daripada Bonda SSS. Dolu masa SSS kecik2, Bonda SSS slalu buat setiap tahun nak raya. Kompom buat!! Kalau tak buat mmg la SSS merajuk nak raya. Tak lengkap menu kuih-muih raya SSS. Bila dah besar ni (bujang laaa), SSS akan buat projek ni dengan kakak SSS, ada juga laaa sekali sekala abang SSS akan tolong (letakkan somut ey)..hehehe.. memang seni laaa... Tapi skang SSS dah kahwin, ada family sendiri, rumah sendiri, semua la kene sendiri, resepi BSS ni pun sendiri cilok dari Bonda, maka buatlah BSS ni sendiri dengan pertolongan bala tentera kat rumah tuh.

Colourful!!! Aribaaaaa!!!! Yeehaaa!!!


Tahun lepas, SSS memprojekkan BSS ni dengan suami dan anak tapi tahun ni Bonda ada kat rumah SSS, maka ape lagi besar2an la SSS nak membuat BSS ni... Iskh banyak betul “S”, nak sebut pun tersembur2..ahaks!! So sahabat semua, tengoklah hasilnya, sori lambat skit la upload gambar ni. Tapi kalau nak merasa, meh datang umah SSS beraya.


* Ado laie satu biskut tau..hehhee..tungguuuuu

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com