“Doa
itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Doa bukanlah sekadar
ibadah sahaja, malah ia juga menjadi otak mahupun inti ibadah. Imam Syaukani di
dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang
paling penting dalam tubuh manusia. Maka, setiap amalan tanpa doa adalah
seperti pokok tanpa buahnya. Hal ini adalah kerana doa adalah inti bagi setiap
amal ibadah.
Doa
dapat didefinisikan sebagai permintaan atau permohonan daripada pihak yang
berkedudukan rendah kepada pihak yang berkedudukan lebih tinggi. Pihak yang
berkedudukan rendah yang dimaksudkan disini ialah manusia dan pihak yang
berkedudukan tinggi itu adalah Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna.
Doa
juga adalah manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan
bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan. Hal ini turut diperjelasakan
dalam surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksud: Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah
kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina
dina”
P/s : SSS akan terus berdoa kepada DIA untuk memohon kebaikan kerana ALLAH akan terus memberi makna kepada SSS atas doa yg SSS pohon.. Amin

No comments:
Post a Comment