Monday, March 19, 2012

Iktibar untuk SSS

Assalamualaikum & Salam Ukhwah dari SSS...

Tanggal 22 Januari 2012..(hampir 2 bulan lepas), suatu kejadian yang benar-benar memberi kesedaran dalam diri SSS. Sememangnya tidak dijangka sama sekali telah berlaku pada SSS sekeluarga. Sebelum ni, SSS selalu mendengar, membaca dll tentang musibah-musibah yang dihadapi oleh rakan-rakan, jiran-jiran dan seluruh umat Islam di dunia ini. Tapi SSS ni manusia biasa, macam biasa kita sebut-sebutkan, kalau tak kena sendiri, memang tak serik... Tapi SSS anggap semua ni adalah suatu petanda yang baik2 sahaja walaupun dalam hati dan kotak fikiran ni pelbagai persoalan menerpa.

23 Jan 2012 (Isnin) :: Bonda SSS ada wat kenduri tahlil untuk arwah ayahanda SSS dimana beliau telah pergi meninggalkan kami genap setahun.. kalau nak diikutkan..kenduri tu nak dibuat pada bulan disember 2011 tapi memandang time tu kenduri org naik pelamin punyalah padat..so, bonda SSS ambil keputusan untuk buat pada tarikh 23 Jan tersebut... Maka, SSS pun merancang untuk pulang ke kampung pada 22 Jan 2012 (Ahad) lah..sehari sebelum kenduri.. Mula-mula nak gerak ke kampung waktu pagi, tapi biase lah...nak kemas itu laa...nak mendobi ini laaa..macam2 hal..SSS pun inform kat Bonda yang SSS akan gerak dari Tangkak waktu petang.

SSS sempat menyelesaikan semua perihal rumah SSS sebelum balik kampung dan perkara terakhir adalah menyidai baju-baju yang dibasuh. Jam menunjukkan ~6.00 petang dengan cuaca yang amat tenang, SSS sidai baju-baju dan Hubby tengah bermain dengan anak SSS di halaman rumah.... sidai punya sidai...main punya main...

Dummmm!! Pommmm!!!! Dentuman yang kuat. Bersahut-sahut. Dpn mata, SSS sendiri nampak sesuatu berwarna PUTIH bersinar.. itukah KILAT @ PETIR? SSS tergamam dalam masa beberapa minit. Tapi yang pasti, SSS dah tak nampak hubby dan Imtiyaz.. Terus SSS lari dapatkan diorang, rupa2nya hubby dah terlentang di tepi rumah dan di atas badan ada Imtiyaz yang juga kaku terperanjat. 

Masing2 muka terpinga2...takut ada yg kene petir..cuaca cerah je..takde pulak tanda-tanda hujan. Tapi itulah keajaiban ALLAH..bila2 sahaja, DIA boleh tunjukkan..
SSS dukung Imtiyaz dan tarik hubby utk masuk ke dalam rumah. Bau hangit pulak dah...aduyai...rumah gelap gelita..Lutut hubby SSS luka merah berdarah sebab jatuh terlutut. Nasib baik takde ape2 kat lutut. Dah la nak balik kampung berkenduri..alamatnya...tak dpt buat apa2 laaa...luka kat kedua-dua lutut..ketat la jadinya bila dah nak kering....seminggu juga la hubby SSS menahan perit & cuti berpingpong..hehehe..

Tapi kejadian ini memang memberi impak yang mendalam dalam hati SSS. Tidak menyangka dalam meniti usia ke 31thn ni, beberapa hari je lagi masa tu. Allah bagi sesuatu yang belum pernah SSS tengok dari kecik sampai la usia nih. Tak tau ape yang dipanah petir tapi SSS sedar bahawa itu suatu PERINGATAN buat SSS.. Terpulang pada masing2 ingin menerimanya, KEINSAFAN memang terasa dalam hati SSS dimana SSS perlu BERUBAH & BERTAUBAT. 

Jika masa kejadian petir tu, hubby dan Imtiyaz tengah berdiri..rasa2 kene juga tu..iskh!!! Nauzubillah. Mintak jauh sangat. Sejak kejadian tu, SSS takut betul bila HUJAN LEBAT + GURUH + KILAT. Mmg taknak kuar umah..TAKUT....

Moral :: Kalau dah janji dengan mak nak balik cepat, jangan lengah2kan. Kalau ada wat salah dengan orang sengaja @ tidak sengaja, cepat memohon KEMAAFAN agar sempat kita bermaafan sesama manusia. Malang tidak berbau..

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com