Monday, September 15, 2014

Be good...

Ayuh...kita hargai diri kita sebagai seorang pekerja dengan sentiasa:- 



  • Niat bekerja kerana Allah swt. Ini menjadikan kita lebih tenang walaupun tidak/kurang mendapat penghargaan dari pekerja lain/majikan/sesiapa pun.
  • Menjalankan tugas mengikut landasan yang diredhai Allah swt. Ini menjadikan diri kita sentiasa berjaga-jaga dengan kemurkaan Allah swt di mana juga kita berada walaupun tanpa dilihat/diketahui oleh pekerja lain/majikan/orang lain.
  • Konsisten berusaha menyerlahkan akhlak Rasulullah saw dalam pekerjaan kita melalui sifat benar (siddiq), amanah (al-amin), bijaksana(fatonah) dan menyampaikan/ melaksanakan tugas (tabligh). Dalam istilah moden, sifat-sifat ini mungkin dikenali sebagai integriti, akauntabiliti, karisma, kreatif, deliverable dan inovatif.  Ini menjadikan kita sentiasa ada contoh teladan yang tepat dalam mengimbangi tugas pekerja, suami/isteri, ibubapa, anak dan yang paling penting tugas sebagai hamba Allah swt. Empat sifat utama Rasullullah saw ini sentiasa menjadi idaman setiap orang yang ingin cemerlang sepanjang zaman (iaitu di dunia dan akhirat). 
  • Memberi sebahagian hasil pendapatan kepada yang hak. Ini menjadikan kita lebih mengharap penghargaan Allah swt dalam menjalankan tugas kerana semua yang ada di dunia ini adalah milik mutlak Allah swt.
  • No comments:

    Post a Comment

    Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com