Monday, February 20, 2012

Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, 
akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

 
Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

 
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda :

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Dhuha adalah nama kepada waktu. Dalam Islam, setiap waktu ada namanya tersendiri, setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan.

Dhuha : Antara sesudah terbit hingga sebelum tertegaknya matahari.

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sunyi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat. Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita. Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.


DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.

Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di ampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.

Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan.

Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain- lain.

Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha. Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan. 

Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.

Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.

Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Rakaat Pertama

1. Niat dalam hati dengan berkata, " Sahaja Saya olat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah"

2. Takbir

3. Baca Doa Iftitah

4. BacaTa'awwudz

5. Baca Surah al-Fatihah

6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih

7. Takbir dan rukuk

8. Iktidal dan bacaannya

9.Sujud dan bacaannya

10. Duduk dan Bacaannya

11. Sujud dan bacaannya

12. bangun rakaat kedua dengan takbir.


Rakaat kedua

1. Baca surah al-Fatihah

2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih

3. Takbir dan rukuk

4. Iktidal dan bacaannya

5. Sujud dan bacaannya

6. Duduk dan bacaannya

7. Sujud dan bacaannya

8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya

9. Salam Penutup

Kemudian kalau di kehendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.

Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.

Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.

(Sumber ehsan : http://solatsunatdhuha.blogspot.com)


"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


Besar hikmahnya..hanya kita jer yang tidak mengetahuinya. ataupun buat2 tak tahu..termasuklah SSS..Maka dengan SSS ni yang tidak la berapa baik, SSS ingin berubah. Walaupun SSS tahu, memang sukar untuk kita berubah dan menerima perubahan tetapi SSS akan tetap berusaha. Tidak lagi mahu SSS menjana mungkar & kemaksiatan, SSS akan berusaha untuk mendekatiMu YA ALLAH setelah beberapa dugaan/musibah telah Engkau berikan. Semoga keinsafaran kecil dihati ini akan menjadi besar sebesar2nya seperti Kebesaran Mu ALLAH.. Alhamdulillah..


P/s : Insyaallah.. SSS akan memulakan 2012 ini menjadikan amal Solat Dhuha ini sebati dalam diri SSS.


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com