Salam kesabaran dari SSS..
"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu"
Surah Ali-Imran ayat 120.
Kali ni SSS nak berkongsi tentang S.A.B.A.R. Sebenarnya tidak ada yang paling sukar di dalam dunia ini selain bersabar kerana sabar itu merupakan satu kerja yang unik seperti menahan keinginan terhadap sesuatu ataupun apa saja yang kita ingini. MAKNANYA! Ertinya sabar itu, perlukan hati dan jiwa yang kental untuk menghadapi segala ujian seperti ini. Kadang-kadang ianya menyakitkan hati dan boleh menyebabkan kita jadi marah. Sabar juga akan membuatkan kita bahagia bila semua yang kita perjuangkan mencapai hasilnya. Kita tersenyum melihat pencapaian anak-anak contohnya, sehingga air mata mengalir bila teringat macamana kita mendidik mereka dengan sabar.
S.A.B.A.R adalah cermin keperibadian seseorang, ianya melambangkan kekuatan jiwa menempuh semua masalah yang kita hadapi. Ada juga orang yang membunuh diri kerana ketidaksabaran. NAUZUBILLAH....Hanya dengan bersabarlah kita boleh menempuhi semua kejayaan.

Moralnya :: 2012 ni...SSS berazam untuk menjadi insan yang lebih S.A.B.A.R..dalam menempuh segala dugaan & cabaran.
Insyaallah...semoga Allah sentiasa di sisi SSS, Suami (Md Hanafi bin Jais) & anak (Muhammad Alif Imtiyaz bin Md Hanafi)... amin....

No comments:
Post a Comment