Wednesday, January 2, 2013

Ini kerana... Singapore Part 2



Salam sahabat SSSsemua,

Entri kali ni, SSS nak sambung story tentang renew pasport SSS, Hubby danImtiyaz. Maaflah ye semua, SSS agak tersangatlah lambat untuk meng’update’story ni atas kesibukan yang terlampau (BZ ke??? Ihiks). Wah semangat betul lanak memperbaharui pasport ni. Al-maklumlah, alasannya nak pi Singapore je pun. Seberangtambak jek tapi kene la renew jugak. SSS ni 1st time nak renew setelah 5 tahun bersukaria dengan pasport dan hubby + Imtiyaz pulak setelah 2 tahun. 5 tahun yang lepas pun, SSS buat pasport ni sebab nak visit Singapore juga tapi masa tu lawatan keje@ ITE Singapore.

Oklah, let’s begin my story. Kat kepala ni dah terfikir, kalau dah renew nitakkan destinasi tu Singapore je, kene panjang2kan langkah nampaknye tahun hadapan a.k.a 2013 (dah masuk pun tahun baru). Insyaallah... kalau adarezeki, Amin...

SSS nak share skit la acaner caranya SSS dok pi renew pasport setelahberlelah SSS, hubby dan Imtiyaz dari Imegresen MITC hinggalah sampai menjejakkan kaki kat UTC Melaka. Huiyooo.. tak pernah pergi UTC, sebabkan halini, terus redah juga dalam hujan gerimis. Hihihii

Langkah 1 : Semua dokumenyang perlu di bawa.

1) MyKad*
2) Bawa Pasport Lama (Pasport Lama ni akan dibatalkan).
3) Surat Beranak (untuk kanak-kanak macam Imtiyaz).
4) Gambar berukuran pasport (Background mesti kalerbiru kalau tak, takde maknanya nanti).
5) Duit untuk bayaran pasport**
6) Info mengenai ketinggian yg terkini (kalau takingat pun takpe sebab boleh ukur kat imegresen tu nanti).

*MyKad

Mykad ni wajib bawak masa nak renew pasport. Tapi tengok tempat jugak lakot sebab ada blog yang SSS baca, agak rumit jugak. Masa kat UTC Melaka ni,senang je target 45 minit siap. Mykad ni yang original je diorang amik. Pastu yangImtiyaz pulak, guna surat beranak je. Tak payah nak fotostat ape-ape pung.Hihihi

**Duit untuk bayaran pasport

Kadar bayaran untuk pasport seperti berikut:
RM100 – untuk tempoh 2 tahun (Tahun depan 2013,harga RM80 sahaja).
RM300 – untuk tempoh 3 tahun.
RM150 – untuk tempoh 5 tahun bagi kanak-kanak.

Langkah 2 :
Pergi kaunter pertanyaan dulu (kira saringan la). SSS tak isi borang apa-apapun. Pegawai Imegresen tu memang dah expert dengan kerja dia. Laju ke diacakap, yang penting kene ukur ketinggian. Hehee.. SSS dan hubby takdelah bertambah tinggi tapi Imtiyaz dah bertambah. So, ukurlah si kecik ni.

Langkah 3: Bayaran di kaunter yang pertama.
Semua dokumen dah siap, Cik Pegawai tu dah siapkan kepil-kepil semua. Kitorangsemua dok menunggu la dengan tabah. Target dalam 45 minit je akan siap. Tap memangagak laju jugak kat UTC ni. SSS dipanggil cepat juga di kaunter pertama iaitu untuk bayaran dan kaunter kedua untuk sesi berjumpa isi borang.
Sekejap betul la. Pegawai Imegresen memang sangat cekap dan cepat. So dahbayar semua, barulah kitorang terasa lapar, maka sementara menunggu pasportsiap, kitorang pi makan kat kafe yang ada kat area UTC tu jek. Makan-makan..yummy...

Langkah 4 : Passport Siap. Yahuuuuu!!
Dalam ½ jam je makan, kitorang masuk kat pejabat imegresen tu terus jedipanggil. Wah dah siap!!! Pantas betul la. So siaplah akhirnya pasport kitorang. Boleh gi USS.. hehehe..
Jom balik Tangkak!! Setakat ni jelah entri SS kali ni. Macam dah takde idea plk. Hahahaha!!

p/s : Lagi cepat kalau renew online jek. Dah ada yang lebih cepat.
Buka website MyOnline Passport https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com