Monday, January 28, 2013

Ini kerana... Singapore Part 3


Salam dari hati ke hati..
Cewahh...
Moh ler kita sambung lagi kisah Kota Singa ni. Opppss bukan Kota Singa tapi kisah USS yang dah part by part masih juga takde kesudahannya. Hiihihihi.. 

Kali ni, SSS dah kongsikan lagi tentang kos perbelanjaan yang telah SSS keluarkan semata-mata untuk masuk USS. Ahaks!! Actually SSS pergi sana bersama2 dengan famili abang SSS yang sulung, famili kakak SSS yang nombor 2 dan juga Bonda SSS. Kiranya macam famili trip la. Lagipun semua tak pernah pergi USS tu. Jumlah kami semuanya ada 7 Dewasa dan 6 Kanak-kanak. Ramai juga la.. Opppss bagi SSS ramai la sebab famili SSS ni tak besar. SSS Cuma ada 3 beradik je dan yang penting, SSS yang bongsu. Cewahhh...

Firstly, of coz kene beli tiket USS. So SSS terus la bertanya dengan En. Google dan masuk website USS nak survey tiket harga berapa.. Tarikh dah ditetapkan atas perbincangan adik beradik, confirm 11 Nov 2012 (Ahad). Wah cuti sekolah tu. Takpelah yang penting anak2 semuanya hepi. Tapi ntah nape, SSS dipertanggungjawabkan oleh abang & kakak SSS untuk setelkan semua. Maka bermulalah pencarian tiket USS. Ada juga SSS try tanya agen yg jual tiket USS ni tapi  bila nak beli awal, harganya sama je kalau beli kat website USS. Ada agen pulak yang jual tiket murah tapi kene beli seminggu sebelum nak masuk USS. Arghhh!! Lewat pulak takut nanti SSS jugak yang terlupa, langsung tak membeli. 

Setelah berbincang dengan abang dan kakak, SSS decide beli tiket melalui website dan dalam pada masa yang sama ada promosi kepada pengguna Maybankard. Ini pun 1 masalah jugak, maklumlah SSS ni takde kad kredit (tak kuase dah  nak berhutang kad ni), maka nak membeli tiket tu agak susah. Jadinya dengan keizinan kakak, SSS guna kad kredit Maybank kakak SSS jek. Hahahha.. berjaya akhirnya dapat harga promosi tu walaupun tak lah semurah mana tapi MURAH la jugak.. (haiyak ape aku dok bebel ni).. Fenin2..

Yang kat atas dan bawah ni baru Booking Confirmation. Pas je beli tiket, pihak USS akan emel kat SSS semua butiran dan jugak tiket masuk USS secara individu. 


Total kos untuk tiket je SGD 669.80. Hihihihi.. murah je tu tapi dalam SGD la.. kalau ditukarkan ke matawang Malaysia, jadinya lebih kurang MYR 1734.80. Wah lumayan pak. Masa ni agak mahal jugak la tapi kalau skang ni ditukarkan lagi murah lebih kurang MYR 1650.46 jek.. Hahahahaa..itu total untuk 12 orang la. Anak buah SSS tu ada sorang yang FREE masuk USS sebab bawah 4 tahun. Apa-apa pun, anak SSS pun kene bayar.


Pihak USS emel pulak tiket masuk USS, maka kene pastikan emel korang aktif dan check butiran serta bilangan tiket yang diemelkan. Kalau ada silap, terus je contact USS. Memang mudah dan cepat la. Ape lagi SSS terus print je tiket tu guna kertas A4 je. Jangan risau yang penting ada BARCODE kat tepi tu sebabnya masa kat depan pintu masuk tu nanti, diorang akan scan macam gitu je. Senang.. Senang.. Senang..


Tiket USS dah ada, now SSS kene fikirkan tempat untuk TIDO pulak. Memandangkan famili SSS takde sedare terdekat di JB ni, so kitorang decide dok hotel je. Mula-mula nak dok homestay je tapi jauh skit dari tempat nak naik bas ke USS tu. Maka SSS cadangkan kat ahli rombongan untuk stay kat TUNE HOTEL DANGA BAY je. Kalau hanya SSS, Hubby dan Imtiyaz je yang pegi Singapore, SSS dok umah abang ipar je tapi kali ni ramai, dok hotel jela. Takkan nak sumbat semua kat umah abang ipar SSS. Wah.. sardin la gamaknya.


SSS suker sangat nak dok TUNE HOTEL ni sebabnya nak naik shuttle bas ke USS tu senang. Memang kat TUNE HOTEL tu kalau check-in siap boleh beli tiket shuttle bas ke USS. Hahahaa.. tak payah nak pikir bangun pagi2 buta. Bas yang tunggu kat lobi. Sonang makcik.. Abang dan kakak SSS pun setuju, ape lagi terus le booking dan bayar. Duit.. Duit.. Duit.. Lagi dan lagi.. ahaks!!

DON'T BE SHOCK!!
Kat Tune Hotel ni semua kene add-on. Contohnya kalau nak aircond, kene la bayar ikut hari. Siaran tv pun. Wifi pun sama jgk. Hhihihi. So kalau korang nak stay sini, pandai-pandai la membeli-belah. SSS hanya amik aircond, pekej TV dan Coach untuk ke USS.  

Maka bermulalah misi kami 3 famili yang akan lepak di JB selama 3H2M dan juga 1 hari melepak di Universal Studio Singapore melayan anak-anak.



Moral : Siapkan jela bajetnyer. Yang penting belum termasuk disebaliknya iaitu belanja runcit.. heheheh

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com