Sunday, February 8, 2015

Wanita Syurga



Salam sahabat SSS.. rasanya dah lama betul tak update blog ni.. sesuai dengan nama blog SSS ni kan.. hahhahaa... ok hari ni mcm nak up 'something'...untuk wanita2 yang bekerja.. dan sudah pasti telah mendapat keizinan untuk keluar bekerja sekaligus dengan niat membantu Sang Suami.. Tapi... sejauh mana yer kita2 ni datang opis dan menjaga batasan2 sebagai seorang ISTERI.. Ini peringatan untuk SSS juga... kepada sahabat2 SSS yang bergelar wanita, berundur la jika terlajak... 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita penyumbang sumber tenaga manusia yang besar dalam pembangunan negara. Wanita memang perlu berganding bahu dalam melaksanakan tugas, di samping tidak mengabaikan tugas asasi di rumah. Oleh itu, wanita berkerjaya harus mengetahui beberapa perkara sebelum ia memegang sebarang jawatan. Di samping itu, lelaki juga perlu memahami adab pergaulan kerana menjaga adab pergaulan lelaki dan wanita adalah tanggungjawab bersama. Tetapi sebagai wanita cerdik dan bijaksana, kita perlu melakukannya kerana kalau bukan kita yang mulakannya, siapa lagi. Kita boleh mengawal diri tetapi tidak boleh mengawal apa yang ada dalam diri orang lain. 

Oleh itu kita mulakan dengan diri kita dulu. Beberapa panduan berikut harus jelas difahami.

Niat ikhlas kerana keredaan Allah. Wanita berkerjaya harus mengikhlaskan niat dan meletakkan tumpuan mengapa dia memegang sesuatu jawatan. Ini kerana ingin mendapat keredaan Allah dengan berhubung terus dengan masyarakat dan melaluinya boleh dijadikan 'role model' seorang Muslimah sejati.

Isteri dihormati. Wanita berkerjaya harus sentiasa menjaga akhlaknya sebagai seorang isteri setia dan berperibadi tinggi. Jangan sekali-kali mengkhianati keizinan suami untuk melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah. Perlu diingat bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kuasa untuk mengatakan tidak berada di tangan wanita itu. Jika berlaku gejala gangguan seksual, banyak cara dan saluran yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.

Ibu yang dimuliakan.
Wanita berkerjaya yang mempunyai anak, tentunya tahu apa itu perasaan kasihan belas, sifat timbang rasa, pemaaf dan berhikmah apabila berbicara. Sebaik mungkin sifat keibuan ini jelas terpancar dalam tindak tanduk berurusan sama ada dengan rakan setugas, orang bawahan mahupun orang luar pejabat. Dengan itu akan timbul rasa hormat dan jika ini berlaku, pekerja bawahan terutamanya akan senang untuk melakukan tugas secara suka dan rela tanpa perlu dipaksa dan diarah-arah. Pendek kata, jadilah ibu yang boleh dijadikan contoh dalam hal pendidikan, pembentukan akhlak dan tempat rujukan dalam hal menangani masalah berkaitan dengan anak-anak.

Kerjaya bukan jalan keluar mengatasi kebosanan. Malang jika wanita berkerjaya beranggapan bahawa dia bekerja untuk mengelak atau melarikan diri daripada tugas suri rumah yang dianggapnya membosankan.

Kedudukan di sesuatu tempat kerja adalah aset. Wanita yang mempunyai kedudukan dalam organisasinya perlu sedar bahawa dia memang boleh diharap dan mempunyai mutu kerja tinggi. Ini bermakna organisasinya akan kehilangan seseorang yang berharga jika dia tiada.



Perlu ada suasana nasihat menasihati. Masyarakat seharusnya memberi perhatian dan perlu memberi kata-kata nasihat. Oleh itu, wanita perlu ada rakan wanita lain yang ikhlas nasihat-menasihati.

Jagalah sepenuhnya agar tidak berada dalam suasana yang menyebabkan fitnah iaitu menimbulkan curiga. Kadang kala wanita lain agak cemburu dan selalu suka menjatuhkan di antara satu sama lain. Paling tidak, ada yang suka melihat perkara sumbang ini berlaku dan menjadikan rakan sebagai bahan bualan. Kita harus menjauhi wanita yang tidak boleh dibuat kawan seperti ini


Wujudkan persekitaran komunikasi yang baik dalam rumah tangga. Peranan suami juga tidak kurang pentingnya. Suami memang sibuk dengan urusannya. Adakah suami wanita berkerjaya mengambil berat dan suka mendengar luahan rasa hati isteri? Oleh itu, komunikasi rumah tangga menjadi keutamaan. Suami isteri harus dapat menyelami sanubari masing-masing tanpa perlu mencurahkannya kepada orang lain, apatah lagi suami atau isteri orang. Suami isteri kenalah semarakkan semula api cinta yang terbenam dalam sekam dimamah usia perkahwinan. Jadilah teman berbicara dan telinga yang mendengar untuk pasangan masing-masing.


Perkara di atas jika dapat dihayati oleh wanita dwikerjaya, maka Allah akan memberi keredaan kepadanya.


Sumber : http://fahmiesabri.blogspot.com/2011/01/batas-pergaulan-lelaki-wanita-ketika.html



No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com