Kita
adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas
daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi
menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak
mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke
rumah hingga anak & suami/isteri pula menjadi mangsa. Namun, hati akan
menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan
mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang
ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Disini SSS ingin berkongsi sedikit info,
How to overcome our stress!!
AND NOW.. STOP!!!
TIPS
MENGURANGKAN TEKANAN.
- Biasakan
diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan
menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan
pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.
- Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar
akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.
Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima
waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu,
jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita
disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan
solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah
antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada
sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh
ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
- Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain
daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa
dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam
Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu
azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak
akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita
perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah
yang Esa.
- Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai
manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam
hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita
sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka
baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke
atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik
kejadian itu.
- Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu
berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala
tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti
luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi
lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah.
Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
- Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan
tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
- Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu
yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa
ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan
tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati
lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan,
mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam
hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat
sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat
kerja.
- Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu
mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin
diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai
masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah
dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri
kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada
maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri
sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih
pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang
dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh
dengan senyuman.
**********************
SSS sangat MENCINTAI
Imtiyaz & Hubby!!!
No comments:
Post a Comment