Salam kemaafan buat blogger semua...
Kenapa kita perlukan memaafkan orang yang menyakitkan
hati kita? Soalan ini jugalah yang SSS tanyakan pada diri SSS sendiri.
Jadi SSS rasa ada beberapa jawapan yang terdetik dalam hati SSS ini.

SSS : aku nak rasa gembira, bahagia dan tenang di jiwa.
Banyak lagi sebab-sebab kenapa SSS dan
anda perlu memaafkan. Jom kita sama-sama muhasabah, kenapa yer?
SSS : Supaya kita senang berasa gumbira, bahagia dan tenang
jiwa raga. Itu yang terpenting.

Alhamdulillah...atas keredhaan Allah SWT. SSS dah pun berjaya buangkan titik
hitam ni. Insyaallah akan SSS
hindarkan emosi negatif ini..

Anda bagaimana?
Anda nak gembira, nak ceria tapi susah untuk merasa
gembira, susah untuk merasa ceria, semua berpunca dari hati Anda. Jika:
*Anda tidak memaafkan kesalahan
orang yang buat salah pada Anda?
*Anda tidak maafkan orang yang
marahkan Anda?
*Anda tidak maafkan orang yang
mengejek, menghina, mengkeji dan mengata Anda?
*Anda tidak maafkan sikap
mereka dan perbuatan mereka?

Hati orang pemaaf di sinari cahaya.
Kita mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa
bahagia kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati
mereka ni.
Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk
rasa bermotivasi, bersemangat. Bila sudah ada motivasi, akan ada energi. Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga. Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.
Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda
merasa sakit hati.
Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan
perangainya.
Maafkan orang yang pernah menghina Anda,
merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.
Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.
Pesanan itu diri SSS (walaupun
SSS bukanlah orang terbaik untuk menasihati) dan anda semua,
Bila lawan api dengan
air, Anda akan dapat musnahkan api lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup
yang lebih baik.

No comments:
Post a Comment