Saturday, June 2, 2012

I'm me --> Sis Sunyi Sepi

Salam kebahagiaan untuk semua...

SSS :: Konvokesyen @ Universiti Malaya, 2005. 
Tahun yang sangat membahagiakan SSS dan juga seluruh family SSS. Mana tidaknya, SSS menjejakkan kaki di UM pada tahun 1999 hinggalah 2005. Bermula dengan Asasi Sains Fizikal @ Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) hinggalah SSS menamatkan degree SSS dalam:

Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan
(Major: Kimia & Minor: Matematik) 

Alhamdulillah, SSS bersyukur sangat dapat graduate dengan jayanya walaupun poniter taklah meletop sangat tapi bolehla dibanggakan oleh parent SSS. Itu yang paling penting la kan, untuk sape lagi. Takkan untuk makcik kampung sebelah pulak. Ahaks!!! Setelah hampir 6 tahun SSS di UM (lama betul tuh), SSS ingat nak sambung Master tapi memandangkan kesian pulak kat parent, lama nak tunggu SSS melangkah ke alam pekerjaan, so SSS tunggu jelah untuk posting kat mana-mana yang KPM akan hantar.

So entry ni, ada beberapa foto semasa hari konvo SSS pada Ogos 2005.
Atas Kiri : Allahyarham Ayah Tercinta SSS --> Rasalli B Bidin.
Bawah Kiri : Ibu Tercinta SSS --> Mazmah Bt Basir.

Dari Kiri : Zainah, Normalini (My BFF), SSS dan bonda SSS yang tercinta.

SSS bersama bonda dan arwah ayahanda SSS yang tercinta
Dari kiri : Abg ipar SSS, Kakak SSS, Danial Afifi (anak buah SSS), Bonda, SSS dan Arwah Ayahanda.


*******************************

Kenangan adalah muhasabah..

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved by Sis Sunyi Sepi @ hatisunyisepi.blogspot.com